Rezeki...

Bila tengok orang itu berkereta mewah, duduk rumah besar.. saya terfikir.. bestnya mereka. Apatah lagi bila tengok rumah2 yang baru nak jual yang beharga dekat sejuta.. terdetik gak.. bila la nak duduk rumah cenggitu. Huhuhuh.

Cuba bila tengok orang susah plak. Yelah bila nak ambik anak saya kat rumah flat tu. Saya dulu pun duduk situ.Terdetik gak hati. Sian mereka.. sian anak2 mereka. Tapi mereka happy jer. Takde pun merungut. Anak2 berlari ke sana kemari. 

Ayah Mus, suami pengasuh Firman, kerja bawak lori. Kak Oni pula upah ambik budak dari sekolah. Makcik Ziha yang jaga Emran dan Ryan pula mmg rezeki jaga anak2 sementara Pak Mat, suami Makcik Ziha juga upah ambik hantar anak sekolah. Semua bekerja dan berusaha mencari rezeki utk terus hidup di bumi Allah ini.

Mak Bapak kita dulu dah pesan.. belajar pandai2.. belajar sampai dapat degree then nak jadi apa pun jadilah. So dapat duduk rumah besar. Dapat berkereta mewah. HHmm.. adakah2 mereka yang duduk di flat ini tak belajar pandai2 lantas hidup mereka susah?? Yelah ibu bapa yang duduk di flat ini pastinya berusaha utk mengajar anak2 nya supaya belajar pandai2 supaya mereka dapat mengubah hidup mereka kelak. Seperti parents saya juga dan juga grand parents saya.. mereka semua dalam melalui fasa kesusahan dan mereka ingin generasi mereka terus hidup senang. Jangan susah seperti mereka. Saya rasa, saya juga buat itu utk anak2 saya. Saya taknak mereka susah...

Ceramah dr ikim.fm tempoh hari menyedarkan saya satu perkara walaupun hanya cerita seekor burung. Burung ini mmg bertawakal dan berserah saje kepada ALLAH utk mencari makanan. Memang rezekinya sentiasa ada dan cukup utk disuapkan kepada anak2nya. Burung manalah ada pekerjaan tetapkan nak kasi grill worm ker.. apa ker. Tapi dia terus berusaha dan terbang meninggalkan anak2 mereka di dalam sangkarnya utk mencari rezeki kepada mereka. Sayup saya mendengarnya. Saya melihat diri saya pula. 

Saya dan suami keluar pergi kerja mencari rezeki. Utk siapa lagi... sedih teringat anak2. Memang kami ibu bapa teringin merasai nikmat rumah besar , kereta besar dan semuanya ingin kami kongsi bersama anak2. Janji mereka dapat hidup selesa. Seperti seekor burung menyediakan sangkar yang terbaik utk anak2nya berlindung. 

Semuanya milik ALLAH. Di dunia ini semuanya pinjaman semata2. Tapi Allah pasti menjanjikan sedikit kemewahan pada mereka yang berdoa dan berusaha. Seperti kereta, kalau kita tengok orang itu berkereta besar wahh.. hebatnya dia. Pastinya dia telah berusaha gigih dgn izin Allah dengan mendapat kereta tersebut.

Saya bangkang kepada prinsip orang MLM yang menayangkan kereta mereka yang mengatakan buat program nie dapat kereta besar. Kabur mata. Lupa Allah. Tapi saya tak suka pada mereka yang riak. Ayat2 riak seperti saya tak perlu buat apa2 tapi dapat duit berjuta2. Paksa orang masuk business dan invest beribu2. Awal cakap macam lain, dah masuk cakap mcm lain. Saya pernah buat, jadi saya tahu bagaimana gelapnya mata saya. Kita buat dan berusaha. Tapi tak berjaya pun seperti mereka yg dah kaya. Apa2 pun cara, Allah bagi kejayaan pada mereka yang buat MLM ini ada hikmahnya dan yang tak berjaya pula ada hikmahnya.

Bila saya tak dapat sesuatu selalu saya positif kan diri saya. Allah sayang diriku, pastinya dia ingin memberi kita rezeki yang halal. Surah Insyirah pasti menyedarkan ku. 

Membaca status2 di facebook rakan2 saya, saya ada menyampah orang yang membanggakan diri ttg kekayaan mereka. Tapi sebenarnya ujian utk diri kita jugakan bila dah baca status sebegitu. Mengumpat dah tambah dosa. Seperti melihat video klip perkahwinan anak T.S N@simuddin tulah yang ala2 fantasy. Orang ramai yang komen, membazir.. dosa.. etc. Tapi ada orang yang sangat positif berkata. Terdiam saya kenapa saya tak boleh berfikiran begitu. Dia komen "saya agree pada sudut yang lain dan saya diagree pada sudut yang lain. Saya suka konsep flower dan garden. Saya enjoy menontonya. Tapi sudut yang saya tak agree tuh saya taknak komen sbb saya bukanlah orang yang layak utk judge. Hanya Allah yang tahu." Bagusnya dia. Kalau saya mmg tak terkeluar ayat tuh.. Yang boleh nak kuo negative jer. Huhhuh. 

Cerita2 di atas, semuanya berkaitan dengan rezeki. Saya berdoa sentiasa Allah memurahkan rezeki saya. Saya berdoa semoga ALLAh memberikan saya petunjuk dan jalan utk saya memurahkan rezeki saya. Saya selalu membuat analisis kewangan budget saya. Banyaklah hutang sana sini. Saya risau. Saya takut. Andainya saya mati bila hutang tak berbayar. Tapi nafsu shopping dan membeli masih kuat juga. Cemana??!!

Apa yang saya ketemui selalu bukanlah peraduan yang menjanjikan saya wang juta2 atau pekerjaan yang berpangkat besar. Saya masih begini. Cuma apa yg saya ketemui, jalan kebahagian dan kekayaan yang saya ingini bukanlah dunia. Tetapi akhirat. Dengarlah di radio ikim fm.. bacalah information di internet.. semuanya bagai memberi kuasa utk memberitahu saya supaya dekatkan diri kepada ALLAH. Itulah kuncinya. Baru tadi saya terbaca tips utk memurahkan rezeki...

1. Bangun awal sebelum Subuh.
2. Solat sunat sebelum Subuh.
3. Solat 5 waktu. Kena punctual.. kalau lambat samalah kita lambat dapat rezeki. tak solat lagila teruk.
4. Solat Jumaat bagi orang lelaki.
5. Amal ayat 1000 dinar.
6. Keluarkan zakat.
7. Makan dan minum pastikan halal. Teringat citer Imam Mahdi ( ke Imam mana ker). Dia ke rumah sorang kawannya dan makan bersungguh2 sampai habis. Kita nampak mcm orang nie kebulur ke apa ke. Tapi katanya sbb tuan rumah itu seorang yang baik dan pemurah. Hasil makanan itu dia yakin mmg halal. Sbb itulah dia makan bersungguh2. 
8. Baca doa sebelum tidur memohon kesyukuran kepada ALLAH. 

Semua tips2 itu menyarankan saya supaya sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH. Bukankan dugaan masalah yang kita hadapi itu membawa hikmah yg Allah sayang kita. Allah tidak sewenang2 memberi saya duit berjuta2 melalui saluran2 mana. Allah mengajar saya supaya saya ingatkan akhirat nanti agar saya tidak lupa diri. Sbb tu saya kata kepada diri saya, pokoknya akhirat dan insya'allah kita akan dapat sedikit hasil di dunia. Masalahnya kita tidak begitukan. Fikirkan dunia dulu..bagaikan pengakhiran kita esok ialah masa tua kita. Pastinya saya yakin jika kita sentiasa berdoa dan berbekal banyak ilmu demi akhirat, hari tua kita akan senang. Tu pun kalau sempat tua.. kan??!!

Belajarlah finance, accounting, banking, etc. Betul kita kena belajar.. Sampai bila2 kita kena belajar dan menuntut ilmu. Apa yang saya kena belajar tentang bab pendidikan anak2, ilmu agama itu penting. Maths, BM, English etc pun penting. Tapi jangan terlampau taksub utk melihat mereka dapat semua A sehinggakan kita lupa solat yg mana kita patut didik mereka sejak dari kecil. Errrr.. selalu tanya... homework dah habis? Tapi ada tanya tak?? Dah solat ke belum? 

Itu yang saya kena betulkan mind setting utk anak2 saya. Saya kena belajar lagi supaya saya dapat mengajar anak2 saya. Saya kena betulkan diri saya sebelum saya dapat membetulkan anak2 saya. Semoga Allah mempermudahkan urusanku dan usahaku. Amin. 



Ehh apa kaitan ngan Naruto ngan tajuk saya? Ada kot.. walaupun Naruto hanyalah khayalan dan bukan menyentuh tentang bab agama pun tapi nilai KEPERCAYAAN yang membuatkan mereka berjaya. So, saya kena percaya kepada apa yang saya telah percaya iaitu Rukun Iman dan Rukun Islam... kan...

Comments

  1. Ja...

    Thank u for sharing..
    Kadang2 terfikir jugak mcm apa yg ja tulis nie. Pernah juga rasa mana diaorg nie dpt duit padahal kerja sama je mcm kita. Bagi mona, biarlah byk mana pun rezeki yg Allah berikan pada kita asalkan selesa dan mendapat berkat. Kadang-kadang kita tak de rezeki di dunia tapi di akhirat sapa tau?

    ReplyDelete
  2. Betul Mona.. jgn fikir orang miskin papa kedana di dunia ini akan terus miskin di akhirat nanti. At least dia miskin, dia belajar sabar.. dia tak mencuri.. dia redo..
    Jangan judge dia, dia tak berusaha atau apa2 jer.. itu sebenarnya Ja rasa ujian kepada kita utk menghulurkan sedikit derma. Doa nya kepada kita sudah cukup baik.
    Janji kita cukup makan dan minum ada tempat berteduh tempat tinggal..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.... terima kasih for sharing.. hope selalu update blog saudari.

    ReplyDelete

Post a Comment