Perubahan..

“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” Surah Ali-Imran ayat 8.

(Gambar hiasan dan tiada kaitan: Cik Somi teringin anak pompuan.. pinjam anak Win sat. )

Bulan Ramadhan dah berlalu, syaitan berkeliaran. Memang beza terasa diri ini selepas Ramadhan. Agaknya sbb makan banyak kot.. benak hati. Yelah mana taknya.. solat pun dekat nak habis waktu bleh teringat.. alamak.. zuhur dah nak habis. Ya Allah... teruknya diri ini. Tak termasuk ngan niat nak puasa 6 hari ini. Nak start hari ini tapi terbangun pkl 6. Kan skrang waktu solat semua awal. Tak bleh jadi.. esok kena gak start puasa.

Tapi ada juga perubahan yang telah saya lakukan. Bangun pagi tadi saya terus solat Subuh. Takde nak pi pk baju2 yang belum sidai lagi. Selalunya saya mandi dulu baru solat. Nie saya dah tukar strategy.. cemana pun solat dulu. Alhamdulillah.. saya berjaya lakukannya. Kemudian saya juga dah tukar ring tone saya kepada Zikir Pagi oleh Hijjazz. Kalau tak, ring tones/alarm bangun pagi saya iatu Kungfu Panda. Memang bingit tinga saya kalau dengar lagu KungFu Panda itu. So dalam hati saya sebelum nak tidur tadi saya terfikir.. kang tak bangun pagi saya sbb zikir tu agak slow. Selain drpd alarm kat henpon, saya sediakan juga jam alarm. Mudahan2 zikir Allah memudahkan saya bangun drpd lagu Kung FU Panda itu. hahahha.Alhamdulillah.. saya berjaya gak bangun cuma tak terbangun pkl 5 amyang saya dah set itu sbb tidur pun pkl 1.30am sbb kes gosok baju. 


Comments