Perubahan part 2

Ok skrang waktu rehat. Ingat nak tido kejap tapi terasa mcm nak menulis.

Ada 2 benda yang saya tengah fikir.. 1. Artikel yang ditulis oleh Saudara Hilal dan 2. Kisah Abby buat pendedahan tentang Norman nak rujuk ngan dia



Ia berkenaan ngan perubahan. Saya sebenarnya suka apa yg dia tulis dalam blog dia. Apa yg dia tulis pernah saya fikirkan dan ia seperti menjawab apa yg saya berkata2 pada diri saya. Syukur alhamdulillah kerana Allah menemukan saya dgn blog budak ini. 

Apa yg pernah saya fikirkan ialah tentang bila kita suka judge seseorang base on apa yg kita dengar, orang berkata lalu mempengaruhi kita. Yelah dah kita tak suka orang itu sbb beliau pernah menyakiti hati kita atau apa2 sajela. Saya tak suka bila orang yang saya nampak baik itu yang pakai tudung dan tak tinggal solat citernya tapi dia suka mengumpat orang. Dia kutuk orang yang tak pakai tudung. Dia kutuk mcm2 sampai kata orang itu masuk neraka la apa la. Saya sampai nak masuk campur cerita itu pun takut sbb saya tak berani kerana saya sedar saya nie pun takdelah bagus sangat. Prinsip saya kalau kata orang, samalah saya spt orang itu atau kita tak tahu kot2 adik kita or anak kita akan jd spt orang itu. Cemana kita nak cakap..

So bagi saya.. bukanlah saya utk judge keburukan seseorang. Manalah tau orang itu akan berubah.. Allah lebih sayang orang itu lebih drpd kita. Ntah2 nak mati esok dia mengucap dan masuk terus dia ke dalam syurga. Kita nie dok ngumpat.. sebaliknya plak. So, baik dok diam2 yer. Walaupun kita tahu orang itu tak pakai tudung ke apa, kita doa semoga orang itu berubah. Kita nie jaga diri kita baik2 sbb kalau kita pakai tudung sekali pun banyak lagi benda2 yang bleh menjeremus kita kepada dosa kan. Contohnya pakai tudung tapi short sleeve. Sama jela kan. 

Manusia boleh berubah ke arah yang lebih baik dan manusia yang baik boleh berubah ke arah keburukan. Saya kena selalu berdoa semoga Allah tak pesongkan hati saya.



Saya pernah tertengok satu program di RTM yang dihoskan oleh Rosyam Noor. Sensasi ke tajuk dia.. ntah lupa. Masa tu saya admitted kat hospital dan of course saya tengok program nie sampai habis. Topik diskusi pada masa tu ialah bila artis sama artis berkahwin.. baik ke buruk.. camtulah. So masa tu Norman ada skali. Ramailah caller yang kasi komen dan ada sorang makcik siap cakap rujuklah ngan Abby sbb dia kesian kat anak2 depa. Norman kata.. anak2 saya ok. Ada yang komen suruh Norman kahwin ngan Memey cepat2.

Apa yang saya paham.. Norman kata dia lonely. Dia rasa janggal bila selama nie dia dah bekeluarga lalu bila jadi solo terus dia lost esp bila balik kerja terus jadi bujang. Tak mcm dulu ditemani ngan keriuhan anak2. Dia kata juga, dia memerlukan seorang teman yang bergelar isteri. 

Bila baca artikel hari ini saya rasakan camnie, betul kot dia rindukan Abby. Maybelah dia nak rujuk ngan Abby sbb dia ingatkan anak2 dia. Dia ambik Memey sbb yelah, dah Abby taknak kat dia dah. Memey je sayang kat dia skrang. Tapi ntah.. itu fikiran saya. Realitinya hanya depa je lah yang tahu kan. Sbb bagi saya juga, Abby dah penat ngan kerenah Norman agaknya. Bukan sekali. Dulu pun dia dah kasi chance. 

Abby sakit hati sebenarnya, saya rasa. Saya rasa dia sayang juga kat Norman tapi dia cuba buang jauh2 dan tak nak terkena sakit hati itu lagi. Dia terpaksa berdikari demi anak2nya. Terkejut saya bila baca yang hantaran RM11,111.11 tu Abby nak tuntut. Yelah, kot ngan Memey boleh je buat grand2 ekk.. Dulu Abby mmg loaded. Ngan Gerak khas dia dan Ellite. Banyak duit dia. Ala.. masa tuh pun Norman katanya suka kat Era kan. Dpt Abby. Dah jodoh. Adehlah.. mcm2. Agaknya itu yang majlis buat diam2 kot. Yelah, yang bina masjid elok saje disegerakan. 

Kes 11,111.11 jd isu. Minggu lepas saya baca statement Memey kata dia heran kenapa Abby buat mcm nie. Apa yng Abby nak? Saya sedih. Dalam hati saya berkata.. masa Norman ngan Abby jd suami isteri yang awak tu sibuk duduk kedai orang kenapa? Bukankah itu mengganggu rumah tangga orang. Marah plak saya. Patut Memey jgn komen apa2 kalau reporter tanya. Sebutir ayat atau perkataan jangan cakap. Pada masa tu saya respect Tok Ti. Dia tak pernah komen apa2 masa dia nak kahwin ngan Dato K walaupun saya ingat orang kutuk Tok T sbb rampas suami orang. 

Kesimpulan

Dalam kes Abby nie saya sebenarnya sian kat anak2 mereka. Itu saje sbb saya pun ada anak2 yang sebaya ngan mereka.  Anak2 adalah amanah Allah. Bila saya dah kahwin dan mempunyai keluarga, itu saje yang saya fikirkan. Tiada apa yg lebih penting utk saya di dunia ini bila dah bekeluarga. Maka saya kena jaga hubungan saya dgn suami saya dan fikirkan anak2 saya. Citer saya hat lama2 tu tutup kedai. Taknak dah register dlm otak saya. Kisah Abby menjadi teladan saya. Saya tak nak mengumpat pasal budak Memey nie. Tapi saya marah betoi kat mak bapak Memey nie. Sepatutnya mereka nasihat anak dia. Takpelah..mana tau kan Memey berubah pada suatu hari nanti. Moga2 Abby jumpa pasangan yang baik. 

Anak2 membesar berbekalkan asuhan dan didikan keluarga dia. Sbb tu saya terpengaruh dgn cara pembesaran budak Hilal ini. Dari kecik ibu bapanya mendidik dia dengan aturan Islam yang sejati. Dia nampak arah tuju dia dalam kehidupan dia. Saya tertarik ngan satu artikel dia tentang tajuk masa depan dia tentang akhirat. Sbb saya pernah terfikir tentang diri saya. Kecik2 belajar nak lulus periksa. Lepas tu sibuk nak dapat kerja. Cari duit.. beli rumah.. bla2 dan tua2 barulah sibuk nak beribadah ingat tentang akhirat. Sepatutnya dari kecik kita patut melatih anak kita tentang masa depan tentang akhirat. Memang betulla.. apa2 semuanya bermula daripada ibu bapa. Guru2 itu memperlengkapkan tentang basic yang diberikan oleh ibu bapa. At the same time kakak idola saya menjadi inspirasi saya. 

Misi saya belum selesai. Ya Allah.. panjangkanlah umurku dan permudahkanlah urusanku..... Anugerahkanlah ku kesabaran.. 

Comments