Opah saya

Sms Ayah Ngah kepada Bapak semalam: Doctor adviced us to inform all siblings to be at Mak's bedside before operation on Monday.



Jumaat lepas saya halfday. Saya ke PMC Bangsar utk melawat opah saya yang terjatuh di bilik air hingga menyebabkan pinggul kaki belah kirinya retak. Actually tak retak.. pecah. Sbb Opah mengalami sakit tulang yang dah lama jadi tulangnya easily rapuh.

Saya tak boleh bawak anak2 sbb saya ingin menggunakan kualiti masa saya bersama Opah. Saya nak bersama dengan dia.

Sampai2 kat bilik Opah saya terus menangis teresak2. Opah blur. Opah nampak saya dan terus sebut.. "Marfuz* ke tuh....?" Lagilah saya sebak. Saya peluk Opah dan cium 2 pipi Opah. Sakit dada saya sbb terlalu sebak. Tiada orang dalam bilik pada masa tu kecuali penjaga dia Kak Yah. So selama 2 jam, saya dapat sembang dgn opah macam2 benda. Syukur Opah yang sudah berumur 90 tahun masih cergas ingatannya. Bagi saya fizikal dia sakit tapi ingatannya seperti orang yang tak pernah sakit. Dia mampu gelak.. dia boleh recall kawan2 lama saya termasuk x-bf saya.. hahahha. Dia tahu semua nama anak2 saya. Dia ingat berapa kali dia masuk hospital dan ingat semua nurse serta doktor yang merawat dia. Saya kagum!

Saya banyak recall citer saya masa kecik2 saya ngan opah. Saya citer yang saya teringat saya duduk sebelah opah yang tengah siang ikan keli hidup2. Tiada siapa yang pakar siang ikan keli hidup kecuali opah. Opah gelak. Saya recall rumah dia di Assam Kumbang yang terbiar dan lantas dia teringat kawan2 yang ramai dah meninggal dunia. Dia kata.. Opah je yang tak mati2. Saya kata jgn cakap camtu.. 

Paling seronok saya dengar dia berkata..."Suka sembang ngan Ja...". Saya terasa sangat dia menghargai kedatangan saya. Pada pkl 4 dia dah remindkan saya.. Yelah sbb saya kata, saya kena keluar dr kawasan Bangsar nie sebelum pkl 4 sbb takut jem. Kalau boleh saya taknak balik. Saya nak duduk lagi ngan Opah. Tapi apakan daya... saya kena ambik 3 orang anak2 saya drpd rumah bbsitter. Saya kena prepare anak sulong saya yang akan berbuka puasa walaupun suami saya berbuka di luar. 

Opah akan menjalani operation pada hari Isnin ini. Maybe pasang besi. Itu pun dah tukar 2 kali jadual operation dia sbb kesihatan dia yang tidak menentu especially jantung dia yang lemah. Saya kata kat Opah.. Opah kena sihat yer baru boleh buat operation. 

Saya keluar dari bilik Opah dengan perasaan yang sangat sedih. Opah kata semua orang sibuk nak raya... dia plak kat spital. Apa2 pun saya doakan Opah sihat selepas operation hari Isnin ini. Saya dapat rasakan dia akan sembuh sbb melihat semangat dia. Amin.

Comments

  1. Sian opah, get well soon opah.. hancur tulang. tak boleh bayang rasa.

    ReplyDelete

Post a Comment