Lailatur Qadar?




Jika benar pada malam tadi ialah Lailatur Qadar maka siapa yang bangun berkiyamulaih pada malam tadi sangatlah beruntung.... Uwaa.. saya nak menangis.... saya CUTI! Yelah malam tadi kan 27 Ramadhan. 

Memang saya rasa sedikit lain macam pagi tadi. Saya bangun pada pkl 4.30 am, seperti rasa terkejut walaupun sebenarnya saya mengantuk sangat. Saya berharap saya dapat puasa hari ini selepas 5 hari "bendera Jepun berkibar" sbb slalunya 6-7 hari. 

Seharian semalam mmg cuaca tersangat mendung.. dingin.. kain baju semua masih belum kering. Tiada matahari. Saya memang pandang ke langit. Hati saya terdetik... malaikat turun ke bumi kah?


Saya berjaya mengqatam buku Mendidik Anak: Senang Solat. Bagus buku ini dan harus ada pada setiap ibu bapa. RM10 saje.. Rumusan drpd buku ini bukan melatih anak2 saje tapi melatih diri saya juga supaya mementingkan solat lebih drpd perkara dunia. Lebih drpd segala2nya. Saya kata pada diri saya.. Next time pagi2 solat subuh dulu.. jangan sibuk nak pi sidai baju dulu.. Huhuhu.

Apa2 pun, urusan dunia semua urusan material. Hidup kita di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah. Jadi urusan utama kita setiap hari kita ialah solat. Jangan tinggal solat. Dalam buku ini menceritakan kisah simple2 thing utk kita inform anak2 jika meninggalkan solat. Memang kena latih anak sejak umur 7 tahun. Jika tidak dimulakan skrang, kelak bila mereka sudah besar mmg susah sangat dibentuk. Itu yang kita lihat betapa ramai anak2 muda yang sangat jahil. 

Bagi saya, cemana pun cubalah berjemaah dgn ahli keluarga. Jemaah ini dpt mengikat silaturahim dan kasih sayang sesama keluarga. Saya cuba melakukannya. Saya cuba balik awal ke rumah setiap hari supaya saya dpt jemaah ngan anak2 saya.. Jika suami saya balik cepat.. saya cuba jemaah bersama. Jika tidak hari minggu. Tapi cubalah bersama sekeluarga.. ia seakan seperti satu pasukan bersama2 menyembah Allah utk mendapat keberkatanNYA. 

Saya sememangnya mencari jawapan bagaimana untuk mengelakkan anak2 muda lalai atau terjerumus ke arah anasir2 yang tidak sihat spt yg saya lihat hari ini. Saya harap.. saya sudah menemui jawapannya dgn izin Allah. Oleh itu saya akan berusaha2 bersungguh dalam diri saya ini utk merealisasikannya. Insya'allah. Semoga Allah memakbulkan doa saya supaya Iman ini dipelihara dan usaha saya ini diberkatiNYA.

NOTE: Operation Opah akan berlangsung pada tengahhari ini. Malam tadi semua anak2nya berkumpul membaca Yassin kepada Opah. Semoga Allah mempermudahkan urusan operation Opah. Saya tahu Opah sudah tua.. tapi saya tetap memohon kesejahteraan dan panjang umur Opah kerana saya SAYANG Opah saya sangat2...

Comments