Berubah..

Saya sedih, masih ramai lagi manusia yang jahil dan tak kenal erti Ramadhan. Ada yang makan selamba je kat kedai2 makan pada siang hari. Sapa lagi.. orang Islam sendiri. Tak tengok lagi internet, remaja yang yang buat video mempersendakan zikrullah dengan buat dikir barat dan lagi satu memperkotak katikkan dengan hukum puasa. Remaja semuanya.. masya'allah.

Remaja mereka dah akil baligh. Tapi saya pasti, ibu bapa still lagi kena guide mereka. Kesian saya tengok mereka yang jahil. Lantas saya teringat anak2 saya bila mereka dah besar nanti. Saya berharap sangat Allah panjang umur saya supaya saya still lagi bersama2 anak2 saya. 

Saya juga manusia yang lemah tapi makin berumur saya ini saya sedar yang saya perlu improve diri saya ke arah yang lebih baik. Selagi saya masih hidup, mission saya ialah untuk pastikan ahli keluarga saya berubah menjadi hamba Allah yang baik. Saya tak berapa pandai tapi saya bersyukur kerana ibu bapa saya sentiasa menasihati saya supaya berubah. Tak putus2 mereka nasihat saya.. "jangan tinggal solat.. solat yer".. walaupun dah besar nie. Saya admit, kadang2 terlajak waktu dan subuh banyak kali la tertidur sampai pagi. Sempat qado tunggu zuhur. Subhanallah. Memang jahil saya. 

Tingat lagi masa saya tingkatan 5, saya pergi tengok wayang seorang diri kat panggung wayang LIDO kat Taiping. Ntah tak ingat citer apa. Sebenarnya saya pergi lepas tuition dan pada hari itu pada bulan puasa. Tau tak Bapak saya cari saya sampai lubang cacing pada masa tuh. Saya sebenarnya dah beritahu opah saya dan bapak saya dengan muka yang jadi harimau jadian terus memarahi saya. Kat rumah la lepas saya balik. "Tau tak nie bulan Ramadan.. Jangan sesekali pergi tengok wayang. Jangan asyik sibuk sangat dengan hiburan.." Saya membalas.. "Tengok wayang jer.. sorang jer.." Bapak saya kata,,,"Sorang ke 10 orang ke.. orang kata jangan!!!"

Hhhmmm.. skrang nie barulah saya memahami kenapa Bapak saya melarang saya pergi tengok wayang pada bulan Ramadan. Memang Ramadan nie bulan yang sangat mulia. Setiap saat dan detik serta waktu, memang bernilai dan beharga. Tengok wayang selama 2 jam kalau diganti dengan zikir kepada Allah betapa tingginya pahala kita. Pahala yang double triple nak kita kumpul pada bulan Ramadan ni lah. 

Saya bersyukur kerana Bapak saya garang. Kerana garang diala saya menjadi manusia. Bab2 agama memang dia sangat particular. Sampai skrang dia masih menasihati saya dan dia masih garang...

Cuma saya terfikir.. kalau anak tak buat kerja sekolah kita mengamuk dan marah anak bagai nak rak. Tapi tak solat, tak pulak nak marah. Biar je.. sbb konon masih kecik lagi.. 

Tingat saya ceramah kat IKIM yang saya dengar pagi semalam.. ada sorang anak inform kepada bapak dia.. "Bapak.. bapak.. jom kita solat sesama. Apa kata Bapak jadi Imam dan saya jadi makmum" Tau tak Bapak dia tanya.."Siapa yang kata begitu?" Lantas anak menjawab.. "Ustaz". So, si Bapak berjumpa dgn Ustaz tersebut di sekolah dan berkata.."Ustaz... saya hantar anak saya ke sekolah utk mengajar anak saya bukan mengajar saya" Then tambah dia lagi..."Kalau semua orang masuk syurga.. sapa yang nak masuk neraka...". Saya dengar cerita itu pun tersentak sekejap. Pehh.. laser giler mulut Bapak tuh. Kesimpulan dari ceramah itu, bagaimana anak tak derhaka kepada ibu bapa sebab parents mereka sendiri sebenarnya derhaka kepada ALLAH. 


Saya dan suami saya tidaklah bagus. Tapi saya jenis kalau saya baca apa2 pun, saya akan share bersama suami saya. Saya suka bercerita. Macam saya bercerita dalam blog nie lah. So, bila share masing2 mengambil pendekatan sendiri dan berfikir. Dah hampir 8 tahun berkahwin, saya skrang mmg berani saje meluahkan perasaan saya. Saya sedih.. saya tak suka.. Maybe ada kena mengena ngan NARUTO gak... hahahha. Dulu memang saya pendam. Kalau tension saya hantar sms. Tapi skrang tidak lagi.. Tapi gaduh2 sket2 tuh ada la lagi.. hahahha. Tapi tula.. kalau nak suruh orang lain berubah, kita dulu la yang kena berubah. Kalau suruh orang berubah tapi sendiri tak mau ubah.. tak jalan jugakkan.. 

Oh yer dalam ceramah IKIM ada citer lagi.. ada orang yang begitu menghargai bulan Ramadhan akan bercuti seminggu sebelum raya. Sbb dia nak beribadah sungguh2 10 akhir Ramadan. Kita nie akhir2 Ramadan barulah sibuk nak beli baju raya la apa la.. Sepatutnya preparation dah buat sebelum Ramadan kerana bulan Ramadan kita nak beribadat bersungguh2. Bukan sibuk nak beli kuih raya 10 jenis, raya pakai baju kaler apa, duit raya nak kasi baper,  dan sebagainya. Saya dengar.. eeerrr.. aaarrr.. ooorrr... hahhahah. Tu aku tuh! Tapi tula.. memang Hari Raya kita berkumpul bersama keluarga utk memohon maaf sesama keluarga. Nak bersalaman pun ada caranya.. kena maaf dengan sepenuh hati. Bukan setakat salam...0-0 yer.. Then ziarah menziarahi juga dengan niat memupuk silaturahim dan bermaafan dan bukan duk sibuk menayang baju raya yang ditempah 30 helai.. Adoila... banyak lagi la saya kena improve dalam hidup saya ini. 

Comments