Naruto yang sangat best

Makin lama saya makin tegar ngan kartun Naruto nie. Nampak mcm budak2 kan dan tak sesuai utk umur saya yang bakal 33. Eh suami saya dah nak 38 okeh pun sama tegar. Hahhaha.. So kalau dah suka dan minat peduli apa ngan umur.

Hari ini saya sangat excited bila dapat tengok episode ke 167 : scene Naruto jumpa Bapak dia dan Manga ke 500: scene dia jumpa 1st time ngan Mak dia dan menceritakan ttg hari kelahiran Naruto, Semuanya di Naruto Central.


Naruto penuh ngan legasi.. kisah Ninja yang berjuang. Penulis ini memperkenalkan saya ngan pelbagai watak. Dulu saya hanya kenal kawan2 Naruto saje.. SASUKE dan SAKURA bersama cikgu mereka Kakashi. Mereka tiga sahabat yang kalau tengok kat rancangan kartun di Cartoon Network penuh ngan adengan lawak budak2 ini bersama kawan2 mereka. Watak Kawan2, anak saya lagi mahir.. yang saya ingat Hinata, Shikamaru, Kiba, etc. Tengok muka tau la. Hahha.

Tak cukup kawan-kawan, nama cikgu dia pun saya dah mula kenal seperti Jiraiya dan Tsunade. Watak2 jahat plak ada group dia dipanggil Akasutki. Dalam Aksutki plak ada beberapa nama yang diperkenalkan. Uiishhh banyak dan memang sumpah kalau tak minat kuasa la nak baca. Tapi saya baca dan siap cari kat Narutopedia lagi sbb nak recall atau nak ketahui lebih lanjut dgn setiap satu fakta. Actually banyak benda lagi yang saya blur especially nama kuasa2 yang ada pada setiap watak. saya tahu rasengan!! Lain2 jutsu masih samar2.

Menonton dan membaca Naruto membuatkan wujud satu perasaan thrill, excited, semangat dan curiosity. Saya tengok dan membaca Naruto bukan sbb nak tengok aksi lawan2 mereka. Tapi apa yang saya dapat serapkan bila membacanya ialah nilai2 semangat yang tak putus asa, dan kerjasama diantara watak2 ini.

Tak sabar nak tunggu minggu depan nak baca Manga seterusnya.

Comments