Bermula dgn Twillight..



Tak sabar nak habiskan eclipse sebelum start baca breaking dawn. Cemanala bleh tetiba terminat Twillight??!!


Pada suatu malam... lepas habis marathon tgk Twillight and Twillight:New Moon. Twillight NM punya DVD mmg dah ada tp tak tengok2. Kebetulan tertengok Twillight 1 kat HBO. Terus menerus pasang hat NM

Wife: Lepas tgk 2 filem Twillight, I rasa I macam Bella. Sbb kalau bercinta beria sangat. Budus betul. tapi best tau ada feeling macam tuh. Hhhmm then umur 18 19 tahun mmg stage umur yang tak boleh nak control kalau bercinta. Mcm takde orang lain kat dalam dunia nie. Kan? 

Husband: (Jawapan yang tak emphathy). I memang kalau dah start tgk, memang nak tengok. Sbb tak pernah tgk yang 1st. tuh. Lepas tengok nak tengok hat no 2 plak. Skrang tgh main hat no 3 kan?! Ada lagi ke dah habis?

Wife: Tgh main kat wayang.. Adehh bila nak pergi tengok??!! Tapikan.. ini mmg love story movie yg I suka sangat2. Feeling tak habis lag nie. Tak macam Lagenda Budak Setan. Tiba2 aiikkk dah bercinta. Tak thrill langsung... 

Husband: (Gelak) Apa la nak banding ngan Lagenda Budak Setan.. apa klas. 

Wife: (Terus masuk GSC.COM nak tengok show kat wayang). Ala.. bila nak tengok nie. You dah nak pergi Penang. Esok beli buku ajelah. 
(Terus baca dan research tentang Twillight dalam internet).

Seterusnya conversation husband dan wife ini berkisahkan tentang kisah silam percintaan mereka yg terpaksa dirahsiakan utk tontonan pembaca. Hahahahha.. Sampai si suami dah tertidur, si isteri kejut suruh layan dengar. Si suami dah tak kire.. krok krok sajelah. Ponat layan bini yang over..

Kesimpulan saya yang pertama: saya kena habiskan Breaking Dawn weekend nie. Kedua: pengalaman mengajar kita utk menjadi matang dan pandai control perasaan kita. It's OK bila kita ditimpa dugaan dan kesedihan eg. putus cinta, bf playboy, etc sbb Allah tak direct nak tegur kita or nasihat kita. Cuma berpegang kepada agama dan kembali kepadaNYA, Allah akan beri ketenangan dan lorong yang baik utk kita tanpa kita sedari. Sedih memang sedih. Saya sangat paham kepada mereka2 yang pernah putus cinta. Dada tuh sakit macam kena robek2. Kalau dengar lagu putus cinta mmg nangis dan sama naik jelah. Over...

Tetapi, putus cinta sesama manusia anytime akan berlaku. Kalau tak putus hidup.. putus mati. Adakah kita hidup dalam dunia nie jadi hamba kepada cinta yang belum tentu menjanjikan apa2 kebahagian. Short term mmg nampak indah. Tapi long term.. wallahualam. 

Sebab tuhla skrang saya sedar, apa2 kena tanamkan cinta yang paling hebat kepada ALLAH. Cinta kepada Allah, tak pernah putus. Kita mmg tak nampak ALLAH.. tapi kita sedar dia ada dalam hati kita. Dia sentiasa bersama kita. Huhuhuhuhu.. Saya ada baca somewhere, sayang seseorang kerana ALLAH. Macam kita sayang suami dan anak2, kalau sayang kerana ALLAH insya'allah apa saja yang kita lakukan utk mereka adalah ikhlas tanpa harapkan balasan. 

Ehh..jangan korang ingat saya nie bagus sangat. Saya nie pun baru nak belajar bermuhasabah diri. Sapa lagi nak ingatkan saya kalau tak diri saya sendiri yang ingin berubah. Lebih2 lagi skrang saya tgh bermarathon puasa sampai akhir syaaban dan terus bersambung ramadhan yang lagi 2 minggu ini. 

Adios,,



Comments

Post a Comment