Bayar Fidyah

Saya rasa ada 20 hari saya tinggal puasa.. Siap saya kena bayar fidyah. Kisahnya tahun 2008, saya kena operation akibat cyst pada bulan puasa dan saya tinggal puasa selama 14 hari. Tak masuk tahun lepas yang mana saya mengandung. Saya tak larat nak puasa ganti utk tahun 2008. Saya rasa saya tinggal 6 hari gitu pd tahun 2009 plak. . Tapi takpela.. saya cuba sedaya upaya saya utk direct puasa selama 20 hari sampaila bulan Ramadhan. Kata Bapak saya yang mendengar ceramah agama, katanya kalau kita niat ganti puasa pada bulan Ramadhan insya'allah dapat jugak pahala sunat pada bulan Rejab dan hari Isnin. Subhanallah.. Moga2 Allah menerima puasa saya.

Bila dah niat puasa ganti surela kena bayar Fidyah. Alhamdulillah.. skrang kita bleh bayar online saje. Antara pusat zakat yang menawarkan perkihidmatan online utk fidyah ialah Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. Kalau 1 hari baper RM?


Nilai Fidyah untuk sehari meninggalkan puasa ialah secupak beras. Secupak beras mengikut kiraan metrik terkini di Malaysia ialah bersamaan dengan 700 gram. Justeru, secupak = 700 gram beras. Nilaian harga beras bagi 100 gram adalah bersamaan 13.3 sen. Jadi nilaian bagi 700 gram adalah lebih kurang 93.1 sen. Namun begitu adalah lebih afdhal mengikut firman Allah Ta'ala untuk melebihkan bayaran tersebut sebagaimana yang difahami menerusi ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud:
"....barangsiapa yang menambah (memberi) lebih dari (yang sepatutnya) itu adalah lebih baik baginya..."
Oleh itu pihak PPZ-MAIWP menetapkan untuk harga fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan setelah digenapkan nilainya sebanyak RM 1.20. Wallahu a'alam.
Sumber harga beras : Beras Nasional (BERNAS)

Comments

Post a Comment