10 tahun


Bermula  saya grad pada tahun 2000 di UNIT*N, saya terus dapat kerja di salah sebuah syarikat IT dan Tourism di Tech Park Malaysia. July 2000 - July 2002.  Saya sangat suka dgn kerja lama saya sbb dari situ saya gain banyak pengalaman. Saya juga mempunyai ramai kawan selama saya di sana. Alhamdulillah.. yelah walaupun banyak dugaan dan cubaan yang saya alami dalam tempoh tersebut. Banyak citer suka duka tetapi semuanya merupakan pengalaman hidup saya yang saya sangat hargai sampai skrang. (Teringat EDITOR saya: Kumar)




Saya nak ucap terima kasih kepada boss saya.. Mr. R*hizam, then team editorial saya dulu.. Mas, Kak Ida, Elin, Johara, Fairas, Siti, Aman, Ida.. ooo ramainya kawan2 saya. Rindu saya kat mereka. Sbb masa tu saya bujangkan, jadi tidur kat opis pun dah biasa. Errr saya penah tidur kat opis ker hah?? Saya tahu ramai kutuk boss, tapi saya fikir kerana baik hati dialah ramai bekas2 pekerja itu semua mendapat kerja yang lebih baik selepas itu. Yang penting kerja ikhlas... Yupe yupe.. di company inilah saya bertemu jodoh ngan suami saya skrang. Orang kata.. semua kehidupan kita sebenarnya Allah dah atur kan. Believe in Qada and Qadar. 



Sedih tinggalkan company lama saya.. then saya dapat tawaran bekerja di kilang. Boss saya sedih sebenarnya.. saya ingat. Tapi life must goes on. Saya ingin timba pengalaman yang lebih mencabar. Lagipun, husband saya kata susah kerja satu bumbung. Betul gak. So, dah rezeki saya di kilang.. kilang lah. Akhirnya saya berjaya memperolehi pengalaman bekerja selama 2 tahun di Virtual Malaysia.com Sdn Bhd.



Minah kilang!!! Peduli apa saya. Yang penting gaji massyuuukkk. Peduli la orang kata saya Line Leader ke.. Operator ker.. yang penting saya kerja utk keluarga saya. Kerja saya di kilang ini sebagai executive. Buat buku manual la yang paling senang nak explain. Ehh ingat senang ke buat buku manual. Saya terpaksa jadi engineer okeh walaupun saya tak paham sepatah masa masuk sini. Tapi dgn confidentnya.. I can do it!! Malaysia boleh apo. Hahahhah. Belasah jer walaupun masa 1st year saya appraisal saya punyalah teruk. Below Average. Hahahha.. Pengakuan! Tapi takpe... saya cuba improvela. Pahamla konsep dan kerja ngan Jepun cemana. Gila tekanan tapi saya teruskan perjuangan. Bagi saya kerja mana2 sama saje yang penting jangan putus asa.

Lama kelamaan oklah kot. Saya dah paham sistem kilang ini dan job saya. Saya dihantar ke Jepun utk buat training. Then saya dapat naik gred sekali. Hahahah. Oklah.. gaji dapat. Bonus pun dapat. Benefit sini pun ok walaupun tak sehebat  company lain tapi saya syukur, sbb selama anak saya sakit kilang ini jugalah yang menolong. So, saya taknak kutuk2 kilang saya ini sbb kilang nie dah banyak memberi sumbangan dan kehidupan pada diri saya. 


So akhirnya 15 July ini merupakan tahun ke 8 saya di kilang ini. Orang ingat kilang ini dah tutup.. ada.. ada. Kalau sapa yang lalu kat Shah Alam, orang ingat kilang nie dah tutup tapi sebenarnya bangunan sebelah telah dijual kepada syarikat transport yang bernama TASCO. Kilang ini masih survive. Saya believe ngan kilang ini dan saya berdoa semoga income company ini akan meningkat. 


10 tahun bekerja.. kengkadang saya fikir nak berenti kerja jaga anak2 saja. Tapi bila difikir balik, saya perlu bekerja. Selagi Allah kurniakan saya tenaga dan kudrat, saya akan cuba sebaiknya demi masa depan saya. Kalau suami saya gaji 20k takpela nak berenti kerja. Hahhaha.. takpe.. takpe.. kerja ini rezeki. Takkan kita nak tolak rezeki. Saya berdoa semoga Allah panjangkan umur saya, murahkan rezeki saya dan kurniakan keberkatan dalam hidup saya. Amin.


Comments

  1. Ja,

    kerja selagi boleh :-) rindu gak saat2 kerja dulu....macam2 ada!!

    ReplyDelete
  2. yelaa Ja.. rindu lak masa kita keja sama2 dulu.. mkn nasi lemak share berdua.. citer kisah2 duka hehehe.. masa tau u kawen ngan ur hubby terkezutt gak.. itulaa dimanakan JODOH kn.. yg terbaik dh ditentukn ALLAh..so hopefully our life will always cheerful wit our beloved hubby n kids.. AMIN

    ReplyDelete

Post a Comment