Reincarnation



Jangan terkejut sejak 2 menjak nie saya dengar siaran IKIM. Skrang kan bulan Rejab. Dalam tempoh 3 bulan ini saya nak memotivasikan diri saya utk buat ibadah banyak2. Terasa diri ini banyak dosa.. takut tak sempat. Kot short cut kalau buat ibadah banyak2 dalam tempoh 3 bulan nie pahala pun berdouble kan. Ehhh... takdelah concentrate 3 bulan nie peh tu buat bodo je lepas tuh. Tapi kalau amalan yang kita buat selama 40 hari bukan ke akan menyerap dan menjadi amalan. Harap2 Allah tetapkanlah iman ini.

Puasa nak kena ganti 20 hari. Siap nak bayar fidyah. Hari ini dah 16 Rejab. Tolak waktu uzur bagai... harap2 sempat la kan. Biasala last minute selalu camtuh. Padahal selalu masa dalam bulan Ramadhan dah pasang niat, nak puasa ganti terus immediately. Yelah masa bulan Ramadhan setan kena ikat. Hati tak tercemar. Yang mencemar pun nafsu ye tak.

Berbalik kepada tajuk ceramah yang saya dengar dalam IKIM. Saya dengar pasal reincarnation. Semua manusia yang beragama percaya pada kejadian hidup semula. Especially kalau orang Hindu. Ingat lagi masa kat Universiti dulu saya belajar topik Comparative Religion. Kristian, Yahudi, Hindu, Budha, Toist, etc mmg percaya ada hidup utk alam ke 2. Kalau tgk movie esp kalau bab bercinta dan mati masa perang ke apa, mesti ada dialog.." See you in heaven or See in next life.." 

Kalau orang Islam, alam ke 2 kita ialah akhirat. Lagipun dah mmg dalam rukun iman ke 5 kita percaya pada hari akhirat. Sebelum itu akan ada kiamat. Takut.. takut. Kelmarin saya baca maksud surat Al-Waqiah.. sambil main Cafe World sambil terbaca satu topik tu kenapa kita kena selalu baca surat Al-Waqiah. Dalam surat Al-Waqiah semua di sentuh pasal Hari Kiamat yang sangat menakutkan. Meremang saya... Dan dan tu rasa nak solat taubat tak hingat. Tapi tangan tu sempat klik lagi menu dalam Cafe World.. Dunia pun duk sibuk gak. KAlau cafe betul dapat duit takper gak. 

So, pasal reincarnation or akhirat kita pada orang Islam, kita kena believe dgn penuh rela hati. Masa tuh semua manusia kena hitung. Ada timbang. Semua anggota2 badan akan berkata2. Buku2 amalan akan dipresent. Ingat dulu masa zaman sekolah, cikgu nak tunjuk report card kat makbapak kita pun dah menggelar satu badan. Inikan perhitungan amalan.. syurga or neraka. Sanggupkah kehidupan yang ke-2 ini ke neraka buat selama2nya. Sanggupkah kita menahan sakit... Sakit beranak pun tak terdaya yang hanya beberapa ketika. Saya selalu tengok benda2 nightmare dlm movie.. itu movie. Bayangkan real... dahla masa akhirat tuh kita sorang2. Takde sapa nak tolong. 

Actually topik reincarnation nie diceramahkan sebab nak kasi tau di dunia ini bukan semua orang mendapat pembalasan setimpal kalau base on pengadilan dunia. Yang bunuh orang pun masih hidup. Yang bunuh adik nurin jazlin masih hidup. Yang bunuh anak hidup2 masih bebas. Kita manusia tak dapat nak hukum. So, see you la in new world. 

Cepat2 buat baik, insaf, taubat apa2 yang patut, kalau ada salah kat mak bapak cepat2 mintak ampun, sedikit sebanyak fokus bab akhirat gak dalam diri dan hati kita. Sebab bayangkan masa kat padang masyar pada tempoh perhitungan itu. Kalau dalam keadaan skrang nie nak melalui detik itu sure saya meraung dan menangis. Tak dapat imagine.. Ehh nie bukan tipu. Real.. Ntahlah cemana nanti. Dulu2 masa sekolah dengar Ustazah duk cerita pasal kisah nie sure saya takut dan tak dapat imagine cemana la kat padang masyar tuh. Sbb tulah saya rasa kena pi Mekah sbb kita dapat merasai padat dan teriknya manusia yang ramai giler beribadah mengadah Allah. Harap2 ada rezeki dan panjang umur Allah permudahkan lah saya ke sana. 

Saje nak share di sini. Saya tulis sebenarnya utk diri saya sebenarnya dan mungkin utk anda juga. 

p/s, Hati saya mula ke arah perubahan sbb kes ketar saya kena langgar dek trailer 2-3 minggu lepas. Masa tu saya pikir.. syukur saya masih selamat. Kalau mati??? "Aku tak layak ke syurgamu tapi aku takut dgn nerakamu."





Comments

  1. thanks ja... muhasabah diri sekejap. kita ni memang kena sentiasa ingat dan mengingatikan.

    ReplyDelete

Post a Comment