"Bila Cinta".. kena improve.


Ada jugaklah orang yang appreciate filem ini sbb saya tengok ada yang tangkap feeling, nangis tapi tak bleh lawan Kabi Kashi Kabbi Gam lah yang saya tengok kat wayang 8 tahun lalu... Anyway, filem cinta kalau nak betul2 buat kena 3 jamlah ala2 Hindustan. Kalau setakat 1 jam setengah.. ampun... Kalau filem cinta pecah rekod saya yang bleh saya tengok 10 kali ialah Kuch Kuch Ho Tai Hai sampai semua lagu saya bleh hapal tanpa tau makna..

Apa yang bleh saya katakan...Cek tak dapat feel. Maaf yer kepada pengarah filem ini. Anggaplah kalau nampak komen2 negatif itu sebagai kritikan membina.

Actually saya nak tengok Prince of Persia tapi anak2 jate saya semua Mat Jiwang nak tengok LBS. Saya pada mulanya mmg tak sabar tapi lepas dengar komen daripada gang2 saya kata kureng terus saya lemau nak tengok. Lagipun ada tiket free, baik jelah tengok lepas 14hb nanti. Tetapi anak jate saya ingat citer nie ada Setan so ada lah kot adengan ganas2 yang pasti dalam BM yang mudah mereka fahami, so vote berpihak kepada LBS. 2:1.

Senario yang menyedihkan masa tengok filem ini ialah anak jate saya telah menjerit..."Mama.. bosanlah cerita nie." Adeh.. malu sungguh saya dengan komen anak saya yang ke-2 nie yg berumur 4 tahun. Kan Mama dah cakap. Agaknya dia menunggu SETAN kuar kot. So dia frust kat situ. TETAPI anak sulong saya appreciate okeh. Dia tau semua watak2 dalam citer itu dan siap bleh nangis lagi. Fuuhh!!! Anak Papa Mama sungguh!

Rata2 saya nampak orang kasi komen 4/5 bintang. Hati saya kenapa mereka tak kasi 5? Kalau saya 2.5. Ini kerana saya tak dapat feel kekuatan love pada Ayu dan Kasyah dalam filem. Nampak mcm desperate dan eh eh terus jatuh cinta. Senangnya! Tak nampak Kasyah pada mulanya tu Setan tapi tak berapa nak Setan. Stakat masukkan cicak jer. Tapi saya paham, slot bercinta terpaksa dipendekkan sbb banyak benda nak kena muatkan. Saya agree ngan kawan2 saya kata nasib baik ada Que dan Fazura. Kemarahan, cemburu dan sayang dia yang dilakukan sangat menjadi walaupun slot dia ringkas. Begitu juga dgn Fazura. Walaupun slot dia sket yang dia tetiba sukakan Kasyah tapi saya dapat feel. Tapi tension saya plak, asyik watak dia jumpa Kasyah, asyiklah ada meeting, sibuk jumpa client la.. nak cepat jer. hahhah. Seperti filem dia gakla.. nak cepat je.. tak sempat2 bak kata Rina.

Dari segi  visual dan editing (ceh macam la pandai kang ada yang suruh saya jadi pengarah plak), saya tak suka bila capture nampak muka saje. Kepala hilang. Mmgla dia fokus masa bercakap tapi mcm cacat sketla. Begitu juga bab baby menangis.. hahahha. Nie paling banyak komen... bunyi baby meraung menangis bagai tapi kelihatan relax je baby tu atas dakapan Kasyah. Hat aku tak tahan, masa doktor tuh inform yang Ayu tak dapat diselamatkan.. alahai.. yer yer janganlah inform masa Kasyah pegang baby. Kang terjatuh budak tuh kot Kasyah terkujat. Yelah.. berlakon mmg la boleh cover. Kalau realiti.... ada yang terduduk kan. Kata Kasyah love Ayu gila babas. Tapi saya nampak Que@Azmi lagi meratapi pemergian Ayu.

Walaubagaimana pun part2 akhir saya nangis. Selamba je saya ambik sapu tangan lap mata. Sedihla.. maybe sbb lagu dia yang mendayu2 yang membuatkan hati saya tersentuh gitu. Dengar sorang brother yang saya rasa gf dia angkut tengok citer cintan nie dok bising.. "Nangis la tuh..." Dia cakap kat awek diala tapi brother tu bukan kutuk filem tuh tp duk kutuk emosi dan perasaan gf dia yg saya pasti awek dia tu sangatlah emo. Memang sunyi sepi bab akhir2 tuh kat panggung. Tapi tetiba anak lelaki saya berkata..."Ayu mati ke Mama? Sapa nak jaga baby tuh?" Hahahahha.. itu soalan Firman yang sangat menghayati filem itu. Sedih dia kata. Dia pun nangis.. Lantas dia menjawab soalan dia sendiri.. "Mesti Azmi tu jaga gak kan....2-2 jaga baby tuh." Yela Firman....Dia bukan sedih tentang filem cinta Kasyah dan Ayu pun tapi dia sedih sebab Ayu mati dan kesian.

Tapi tula.. filem Ayat-ayat Cinta saya boleh plak menghayatinya walaupun filem tu takdelah sampai 3 jam masa filem Hindustan. Takpelah.. harap bila ada sequal ke-2 LBS ada improvement. Yang pasti LBS nie happy ending. Maybe end up dia ngan Fazura kot ekk. Ntah... saya pun dah lupa citer dia.

Demam LBS mmg hebat skrang nie. Ada yang suka sangat2. Saya looking fwd gak la nak dengar kutipan dia. Konpem box office sbb kalau saya baca di FB, 1st day saje penuh di pawagam. Maybe expectation saya dan kawan2 saya terlalu tinggi dengan LBS nie dan tak mencapai piawaiannya.

Dalam blogs nie, komen yang paling saya suka ialah daripada  sorang minah nie. Saya 100% setuju dan nak gelak bila baca setiap baris komen dia. Hahahaha. Dan pengkomen yang bernama gula masin utk komen ke 29 sangat best. Yang ke 32 saya nak tergelak. Silalah ke blog ini.

Comments

  1. best lah anak2 kamu pun pandai appreciate filem. susah nak baca review pasal filem dari perspektif sebuah famili...apa kata lepas ni kau buat lebih mendalam lagi review dari sebuah famili..interview anak2 pasal movie..haha..

    nanti tgklah Prince of persia..menarik jugak

    ReplyDelete

Post a Comment