Kandungan saya sudah mencecah 36 weeks. Saya
plan untuk start makan EPO( Evening Primrose Oil minggu depan). Boleh search kat website “EVENING PRIMROSE OIL
TO INDUCE LABOR”. Alhamdulillah.. EPO
works utk saya untuk memudahkan cepat bersalin. Saya dah amalkan sejak anak ke
2. Info ni saya dapat drpd babycenter. Tujuan dia untuk melembutkan serviks.
Sebab tu masa mengandungkan Emran dan Erfan, saya turun tanda dengan pecah air
ketuban. Masa mengandungkan Ryan hanya sakit contraction dan esok tuh saya dah
bersalin. Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH, ia mudah. Cuma masa Erfan masalah
saya sebab saya makan cepat sangat. Sebab tu air ketuban pecah awal dan
kedudukan baby plak songsang.
Nak citer ttg insulin. Memang agak complicated
hidup saya bila kena ikut schedule utk cucuk insulin. Ada one day bila saya tengok
kandungan gulose agak rendah, saya pun malasla nak cucuk. Sekali ambik ko.. Saya just makan nasi dan
lauk ayam saje. 2 jam lepas tu bacaan 7.9. Dah le lepas makan tu saya rasa
pening, mengantuk, dan penat. Tak boleh
jadi ni. So hasilnya, saya dapat merasai sendiri side effect kekurangan insulin
dalam badan. Berbanding kalau saya mengambil insulin, walaupun saya makan menu lebih
kurang sama namun saya merasa cergas dan aktif. So fine, mulai hari ini, saya
akan cucuk insulin secara disiplin sehingga saya beranak. Fuh!!! Taknak dah
main-main.
Ni saya translate dan catit info tentang diet
plan untuk semua penyakit diabetis bagi orang mengandung
1.
Makan
pelbagai jenis makanan dan pastikan kandungan kalori itu adalah sumber drpd karbohidrat dan kaya dengan fiber.
2.
American Diabetes Association telah rekomen
supaya makan 3 kali hidangan yang sederhana setiap hari dan 2-4 kali makanan
snek. Juga digalakkan untuk mengambil snek sebelum kita tidur.
3.
Jangan
tinggal hidangan makanan kita. Level gula kita akan lebih konsisten sekiranya
makanan dan kalori dalam badan kita stabil sepanjang hari.
4.
Harus
mengambil hidangan anda setiap hari pada waktu yang sama.
5.
Jangan
tunggu sehingga lapar baru nak mula makan. Jika begini, kandungan gula dalam
darah anda akan naik secara mendadak.
6. Elakkan
kan pengambilan minuman yang mengandungi soda, cola dan jus buah-buahan. Minuman
ini akan menyebabkan kandungan gula anda meningkat dengan cepat dan kalau boleh
jangan mengambilnya langsung. Selain drpd mengambil jus buah-buahan lebih baik
mengambil buah-buahan segar yang tinggi dengan fibernya seperti jambu/guava.
7.
Bersenam.
Berjalan selepas makan adalah yg terbaik untuk mereka yang mengalami
gestational diabetes.
8.
Minum
air masak yang banyak untuk menstabilkan kandungan air dalam badan.
9.
Berterusan
untuk menyemak kandungan gula dalam badan anda dan rekodnya di dalam buku.
Apa2 pun saya kenalah pantang dan jaga makanan
saya. Demi baby, saya sanggup je lakukan. Well, perbelanjaan untuk membeli
perkakas dia boleh tahan juga. Saya beli ACCU-CHECK tempat tester tu dalam
RM200 termasuk dia punya card dipanggil ACCU-CHECK PERFORMA. Dah habis je kena
beli. Kalau yang 25 keping satu botol RM40 dan 50=RM80. Kalau nak pegi klinik kesihatan 4 kali sehari
jenuh jugakkan. So baiklah beli je alat tuh. Dan skrang saya kena meng’utilise’lan alat ni
sebaik2nya sampaila saya beranak.
Then, pen insulin. Nasib baikla pen tu free je
from Hospital. Saya dapat 2 batang. 1 batang saya kena guna utk pakai siang. Tu
kena cucuk 3 kali sebelum makan. Yang lagi satu guna utk malam. Ubat dia lain2.
Jarum dia kasi 3 batang je. So, terpaksalah pi beli kat farmasi. Satu batang
jarum dalam 55sen. So saya beli 10 je. Ikutkan pakai sekali terus buang.
Bankrupt le kan. Hahahhaha. So, saya simpan jarum tu elok2 lepas pakai. Pakai 6-8
kali saya buang la. Kalau tak rasa sakit juga time nak cucuk tuh.
Then saya beli alcohol pad. Ala.. kan kalau
kita pi spital time nak cucuk.. nurse akan lap kat kawasan yg nak cucuk tu
dengan kain kertas. Lepas cucuk lap balik. Itu 100 keping dalam RM10 je.
So, itulah pengalaman saya yang paling
adventerous mengandung kali ni. Semoga semuanya selamat. Semoga Allah menggantikan kesusahan ini dengan kemudahan pada kemudian hari. Insya Allah. Amin.
Bila nak bersalin?
Pertama saya cakap kat baby.. "Tunggu ye Nak.. Mama nak pergi seminar solat pada 14hb ni ngan Auntie Wai. Lepas tu tunggu Papa balik yer drpd Kenyir. Takpe.. Mama akan terus bertabah menggendong anak Mama ni. Walaupun penat.. tak larat.. Mama OK. Mama akan merasai pengalaman ini buat kali terakhir sbb lepas ni Mama nak relax plak. Hihihih. Walau Papa kata.. 5 tahun lagi. Hahahah. Pengsan Mama. Then, Mama ada appointment dengan Doktor next week. Kita tengok Doktor kata apa. Memang Mama kena induce tapi Mama akan terus berdoa semoga Allah memudahkan urusan Mama beranak nanti yer. Semoga anak Mama keluar dengan selamat dan sihat. "
Comments
Post a Comment