Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
OK.. setiap pagi saya akan cuba untuk update blog. Just
write anything and spend it for 15-20 minutes. Saya dok teringat bila saya buat
begini, saya akan lebih focus dalam diri saya pada hari tu. Cakap pada diri
sendiri ( yg baik2 sajelah) umpama
menginput data2 positif ke dalam diri kita. Insya Allah.
Minggu ni saya telah bernekad untuk push diri saya memaximisekan
perkara2 yang baik dalam diri saya. Saya cuba buang sifat malas saya. Saya cuba
buang mengantuk saya. Saya cuba bangun seawal pagi. Saya recall balik segala
aktiviti dan amalan saya yang pernah saya lakukan yang membuat diri saya energetic.
Alhamdulillah. It works so far. Yang penting doa dan terus
berdoa. Bangun pagi itu ialah ubat segala2 nya. Saya nampak perubahannya.
Selain daripada membuat ibadah sunat dan wajib pada setiap pagi, saya cuba menulis apa yg saya ingin lakukan. Saya berkata pada diri saya, saya tidak mahu
mensia2kan hari saya pada hari tu. Bila saya buat begitu, Alhamdulillah
internal energy muncul dalam diri saya. GREAT!!!
Ooo Masa. Minggu nie sudah 30 weeks kandungan saya. So far,
Alhamdullillah. Baby dalam perut ini bergerak sangat aktif. Saya doakan baby
keluar secara normal dan semoga Allah memudahkan urusan saya. If skrang 30
weeks maknanya ada lagi 8 weeks. 8 weeks
itu maksudnya juga saya ada 8 weekends utk membuat persedian baby. Antaranya..
1.
Basuh baju2 baby, recycle baju2 Erfan.
2.
Siapkan drawer utk baby
3.
Mengemas dan membuang barang2 yg tidak digunakan
seperti toys lama etc untuk memberi
space.
4.
Menyediakan playpen
5.
Membeli barang2 kelengkapan baby… tak banyak
sangat pun nak kena beli.
6.
Prepare bag untuk ke hospital maybe seawal 35
weeks
Saya tak sabar. Tak sabar nak tengok baby dan tak sabar nak
cuti 2 bulan.
Oklah.. itu saje coretan saya utk hari ini. Jom kita lakukan
yang terbaik pada hari ini.
Comments
Post a Comment