Alhamdulilah.. adik saya Win telah melahirkan anak nya yang
ke-5. Semua menunggu2 kelahirannya. Baby seberat 3.45kg diberi nama Uwais
sempena nama Uwais Al-Qarni, seorang anak yang soleh yang taat kepada ibunya. So,
Win kini mempunyai 3 anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Dan kata Win,
kilang menghasilkan anak sudah tutup. Hahahahha. Orait Win, Ja pun camtu.
Kakakkaka.
Mama dan Bapak saya kini mempunyai 12 cucu iaitu 7 lelaki
dan 5 perempuan. Insya Allah, baby yang bakal saya lahirkan ini berstatus cucu
ke -13. Semua orang mendoakan saya mendapat baby girl.. Amin.. Amin.. Namun
saya redo apa saje apa yang Allah berikan kepada saya kerana saya tahu itulah
yg terbaik utk saya dan suami.
Bestkan tengok baby. Saya mewarisi keluarga saya yang suka
baby dan syukur mendapat suami yang juga suka baby. Saya dan suami tak pernah
plan untuk mendapat anak seramai ini. So far, menjaga 4 orang anak lelaki pun sudah cukup
mencabar. Allah memilih saya dan suami
memberi tugasan membesarkan anak2 sebagai tugasan besar di dunia ini. Kata2
Prof Muhaya selalu bermain2 di fikiran saya dan katanya +/-, anak2 itu milik
Allah. Bukan milik kita pun. Dia lahirkan anak2 itu melalui kita. So jagalah
amanah Allah itu sebaik2nya.
Inilah ayat daripada Surah Taha yang selalu saya pegang..
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu
mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami
tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu
dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (132)
Insya Allah.. semoga Allah sentiasa memberi
petunjuk dan membimbing kita sebaik2 nya di dunia ini. Sesungguhnya kepada
Allah jugalah kita akan dikembalikan.
Comments
Post a Comment