Ngantuknya pagi ni. Mungkin sebab hujan. Huhuuh. Bulan
puasa, office saya bermula pada pukul 7 pagi hingg 4.35 pagi. So, saya terpaksa adjust time saya di rumah
sebaik2nya.
Semalam balik je rumah lepas buka puasa, badan saya sangat
lemah. Mungkin 1st day puasa. Tapi the whole day siang tu, saya ok. Nak kata makan banyak pun, takla sangat. Tapi
saya suspect air tebu. Mungkin tak
sesuai kot. So, pkl 10.30pm saya dah
tidur. Sebelum tu penat2 pun, saya berjaya mengemas rumah dan menyidai baju.
Saya bangun pkl 3 pg
tadi sbb terdengar kilat dan angina kuat. Sbb tak solat Isyak lagi, kelam kabut saya
bangun. Selalu saya akan bangun pkl 4 gitu. Pkl 5 saya kena ready kejut semua
orang bersahur. Pkl 6 saya kena keluar drpd rumah sbb nak hantar Emran dam
Erfan ke rumah bbsitter. Perjalanan menghantar Emran dan Erfan until sampai office mengambil masa
1 jam.
Saya kena berada di office sebelum pkl 7am. Bila loceng berbunyi pada pkl 4.35 pm, saya
cepat2 balik. Gitulah schedule saya setiap hari sepanjang bulan puasa. Saya tak
sabar menunggu weekend nak berehat. Tapi weekend saya tidaklah rehat mana pun.
Rutin menjadi bibik melipat baju dan menggosok baju itu wajib. Betapa nikmatnya
saya rasa kalau jadi suri rumah. Tapi bila fikirkan menjadi suri rumah dgn anak
4 orang, hahahha, busynya lain pula. Bayangkan.. ambik hantar anak2 from
skolah. Then, pergi ke sekolah agama. Yang paling kesian, anak2 yg kecik kena
ikut sekali. Masak kena prepare pagi2. Maka saya fikir, bagaimana saya nak berniaga
dalam keadaan saya macam ni? Saya kena fikir priority. Anak2 dan keluarga or
business? Mereka yang ada anak sedikit atau dah besar, In Syaa Allah.. tiada
masalah. Lain kalau saya ada maid, mungkin itu boleh settlekan masalah.
So, saya buat keputusan.. saya kena teruskan bekerja dengan
orang. Jadi kuli Jepun. Hahahah. Walaupun saya terpaksa menempuh jam dan
kesuntukan masa saya setiap hari. Bagi saya, buat masa ni juga biarlah saya
support suami saya yg rajin bekerja itu. Dan saya juga akan teruskan mejadi seorang
ibu, isteri dan pekerja. Tapi tgklah..
saya rasa bila tiba masanya, saya mungkin akan berhenti kerja. Bila tu? Tak
tahu lagi. Target saya dlm tempoh 5 tahun ni. Tp tu pun tengok masa dan
keadaan. 15 Julai ini genaplah 1 1 tahun saya bekerja
di kilang ini.
Pesan seorang pengusaha butik kecantikan muslimah yg mengusaha
businessnya selama 18 tahun kepada saya, di mana saya telah pergi facial,
gunting rambut dan mengurut di kedainya, katanya sebagai seorang ibu dan isteri, saya
kena focus kepada keluarga. Itulah priority. Dia kata, buat business ni bukan
boleh main2. Ilmu dan komitmen itu penting. Business sendiri itu lain. Lain
kalau suami kita ada business dan kita support dia dan membuat kerja2 admin
dia. Kalau seorang wanita yang ada business sendiri, cuba bayangkan bagaimana
dengan anak2? Memang kena ada maid nak tolong. Dia inform saya, dia mmg
mengalami saat sukar masa masa awal2 semasa anak2 masih kecil. Apabila mereka
dah besar, Alhamdulillah ok. Thanks nasihat kak rozie owner drpd Beauty Palace
di USJ yg membuat minda saya terbuka. Bagi saya, 8 hours sy akan commit di
office dan lain2 utk keluarga. Masa saya dalam kereta, saya belajar utk
berzikir dan memasang audio ceramah agama.
Selagi saya hidup, saya akan terus berjuang. Ntahlah, bagi
sesetengah orang, priority mereka mungkin untuk menjadi kaya. Saya juga nak.
Tapi, diri saya tidak mampu ke arah itu. Cukuplah pengalaman saya komitmen
dengan Uptrend dulu sehingga saya terpaksa tinggalkan anak2 semua. Ooohh saya
tak sanggup. Bagi saya Allah bagi rezeki kepada saya utk bekerja di kilang ini,
biarlah saya commit dengan kerja yg ada saya skrang. Saya taknak abaikan waktu
kerja saya dengan membuat kerja2 sampingan. Cukup masa saya di pejabat, saya
akan focus anak2 pula. Ini pun tak terkejar bila anak2 dah besar. Sbb tu kalau
saya kata saya nak berhenti kerja, saya nak focus kepada keluarga saya saje dan
bukan buat part time business.
Saya teringat pesanan Ustazah Norhafiza di Ikim, dia pun
kata begitu. Saya salin doa yang diamalkannya .. ”Ya Allah, ubun-ubunku ini di
dalam genggamanmu. Ya Allah.. Aku bergerak ke sana ke mari atas takdirMu. Aku
memohon kepadaMU agar Engkau angkatkan diriku dan kemanakan aku dalam keadaan
yang terbaik dgn izinMU… Ya Allah berilah yang terbaik kepadaKU Ya Alllah…”.
OK.. itu saje coreta saya utk hari ini. Nanti ada masa saya
tulis lagi. In Shaa Allah.
Comments
Post a Comment