Saya nak share satu perkara yang terdetik di hati
saya pada minggu ini. Perkara ini membuat saya selalu berfikir dan terngiang2
dalam fikiran saya. In fact, input yang saya terima pada minggu ini ialah
perkara yang sama. Subhanallah.
Ia bermula dengan kisah Uwais yang semua orang
tahu tentang betapa hebat nya seorang hamba Allah yang doanya sentiasa dimakbulkan
Allah sehingga Saiyidina Ali dan Saiyidina Umar pun nak bertemu dengannya
supaya Uwais berdoa memohon agar Allah ampunkan dosa2 mereka seperti yang
dipesan oleh Rasulullah.
Bila saya mendengar kisah ini, saya sangat inspire. Apakah rahsia
di sebaliknya. Namun yang lebih inspire pada diri saya ialah latihan dan
kesungguhan Uwais untuk membawa ibunya mengerjakan haji dengan hanya mengendong
ibunya. Cerita ini saya petik drpd sini.
Uwais al-Qarni ialah nama
kecil di sebuah perkampungan di Yaman. Dia menghidapi penyakit kulit (sopak).
Suatu hari ibunya yang sudah tua berhasrat untuk menunaikan haji di Mekah.
Sebagai keluarga yang miskin tentulah mustahil baginya untuk membeli atau menyewa
unta untuk dijadikan pengangkutan bagi perjalanan yang amat jauh itu. Namun
sebagai anak yang meletakkan ibunya di singgahsana hatinya, dia tidak sesekali
berkata tidak. Dia berjanji kepada ibunya untuk memenuhi hajat ibunya yang
sudah uzur itu. Walaupun, dia tidak mampu mencari kenderaan untuk perjalanan
yang jauh itu, Uwais menggunakan sedikit wang yang dimilikinya untuk membeli
seekor anak lembu.
Dibuatnya sebuah kandang di atas bukit. Pagi, dia
akan mengendong anak lembu itu turun untuk diberi makan. Petang, dia akan
mengendong anak lembu itu ke atas bukit untuk disimpan di kandang tersebut.
Cukup 8 bulan, besarlah anak lembu itu.
Apabila tiba saat yang sesuai, Uwais berkata
ibunya, “wahai ibu, bolehlah kita mula berangkat ke Mekah kerana musim haji
tiba tidak berapa lama lagi.”
“Habis Uwais, di manakah kita akan mendapatkan
kenderaan untuk ke sana?” tanya ibunya.
“Jangan bimbang wahai ibuku. Saya akan mengendong
ibu di bahagian depan saya dan barang bekalan di belakang saya.”
Terkejut si ibu mendengarkan jawapan si anak.
Demikianlah besarnya tekad Uwais demi ibunya. Rupa-rupanya dia membeli lembu
dan mengendongnya naik dan turun bukit adalah sebagai latihan jasmani agar dia
kuat mengendong ibunya yang sudah uzur.
Berangkatlah Uwais al-Qarni dengan mengendong
ibunya dan bekalan. Akhirnya sampailah mereka di Mekah. Ketika mengerjakan
tawaf dan sa’i, mulut Uwais tidak putus-putus membaca sesuatu. Lalu ibunya
bertanya, “apa yang kau baca tidak putus-putus wahai anakku. Sila beritahu
kepadaku.”
“Ibu, saya hanya membaca doa agar Allah
mengampunkan dosa-dosa ibu.”
Demikian sikap terpuji seorang anak yang sukar
ditemukan dalam hidup ini.
Lalu berkata ibunya lagi,” Kalau begitu, ibu mahu
engkau berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit sopakmu.”
“Ibu, masakan saya hendak menolak anugerah Allah
kepada saya. Sopak ini adalah pemberian Allah kepada saya. Saya tak akan
menolaknya, ibu.”
“Tidak. Sekali ini, ibu mahu engkau ikut cakap
ibu.”
Maka tidaklah mampu lagi Uwais mengecewakan
harapan ibu kesayangannya. Dengan hati yang amat berat, maka berdoalah Uwais
dengan kata, “Ya Allah, kerana mentaati kemahuan ibuku, aku bermohon agar
Engkau sembuhkanlah penyakit sopakku. Tetapi tinggalkan sedikit pada tubuhku
agar aku tidak kufur akan nikmat-Mu.”
Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. berjumpa
dengan Uwais al-Qarni, benarlah ada tanda sebesar duit syiling di belakang
tengkuknya. Itulah bekasan penyakit sopak yang masih terdapat pada tubuh Uwais.
Lalu dua sahabat Rasulullah s.a.w. itu meminta Uwais berdoa kepada Allah agar
dosa mereka diampunkan seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. itu.
Demikianlah kisah seorang insan kecil yang besar
di sisi Allah. Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu bapa yang sudah tua.
Mereka berpeluang berbakti kepada ibu bapa seperti yang telah dilakukan oleh
Uwais al-Qarni ini. Di samping itu, jangan lupa untuk perbanyakkan istighfar.
Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali yang dijamin syurga oleh Rasulullah
s.a.w. masih diminta memohon ampun, apa lagi kita yang belum tentu ke mana
langkah penamat kita. WalLahu ‘alam.
So, saya cakap pada diri saya.. apa jua keadaan yang saya
face hari2.. sabar dan berdoa. Jangan sekali2 mengeluh. Ustaz Pahrol dalam
status FBnya berkata:
Allah mendidik kita melalui
karenah sesama kita.
Ketika kita ingin marah... Allah mendidik kita tentang sabar.
Ketika kita perlu meminta maaf... Allah mendidik kita erti
tawaduk. Ketika kita ingin memaafkan... Allah mendidik kita tentang mahabbah!
Siapa lagi yang mampu mendidik kita jika didikan Allah ini
kita tolak? Ya Allah, ampunilah kami. Amin.
Saya memohon ampun kepada Allah.. Astagfirullah hala’zim….
thanks for sharing ya...
ReplyDeleteno problem Angah..
ReplyDelete