Hujan

Skrang musim hujan. Ramai yang merungut : baju tak kering, kereta kotor, traffic jem, etc. Oklah.. siapalah saya nak judge rungutan2 ini kan. Kalau saya kata, ala.. relaxla. Maka pasti orang kata.. "Ko tak rasa apa yg aku rasa. Aku kena lalui traffic jem itu ini.. bla bla bla". Hhhmm.. saya cuba being empathy la kan. Namun saya sedar kesusahan yang turut dialami oleh saya.  Alhamdulillah.. mungkin secara tak sedar apa yg saya baca dapat menangkis perasaan ini. Thanks peringatan yg selalu diberi oleh Sham Kamikaze dalam status FB  dan tweeternya.
"Allahumma soyyiban nafi'a - Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat.(HR Imam Bukhari)"
Kemudian saya teringat ini.
Sabda Rasulullah (s.a.w, 
"Pintu langit terbuka dan akan dikabulkan segala doa pada empat waktu: ketika bertemu dengan pasukan musuh Allah, ketika turun hujan, ketika solat didirikan, dan ketika memandang Ka'bah." 
(Hadith Riwayat Ath Thabrani dari Abu Umamah RA.)

Bagi saya, kerajaan langit dan bumi adalah milik Allah. Jadi kalau boleh saya inform diri saya.. jangan mengeluh ok Ja . Mengeluh tanda awak tak redo. Hahahha.. yer saya mmg jenis suka bercakap kepada diri sendiri dan itu bermakna bukan saya gila ok.  Mesti ada hikmahnya walaupun awak terpaksa delay menyidai dan membasuh baju sampai menggunung2. Sabar... sabar..

Saya selalu imagine, bagaimana dikatakan hujan itu membawa rezeki? Maka saya mula imagine.. oohh, kedai dobi mesti tengah kaya skrang. Siapa lagi yer yang perlukan hujan ni yer? ooohh mungkin lepas orang2 ini mendapat rezeki, maka rezeki2 nie akan dieadarkan kepada yg lain pula. Agaknya begitulah manusia ini saling memerlukan. Allah sedang mengaturkan sesuatu utk hamba2 NYA. 

Maka bila saya baca terjemahan ayat2 di bawah.. ntah hati saya macam terharu gitu. Subhannalah Walhamdulillah Wala Ilaha illallah Alluhuakhar.

                                                                                                    Credit photos 
 "Maka Kami bukakan pintu-pintu lang
it, dengan menurunkan
hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang
tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan
sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."
(Al-Mukminun : 1)

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air
(hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)
menyimpannya." (al-Hijr : 22)

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi
dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan
(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang
kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai
pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa
awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke
daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang
telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
: kompilasi drpd Fuad Latif  :




p/s:  Terima kasih kepada kawan2 yg wish birthday kepada saya. Walaupun tidak ada yang istimewa bagi saya ttg hari kelahiran diri saya insan yg takde apa ni kan, tapi perkara yang saya terharu ialah ingatan kawan2 saya kepada diri saya. Setiap kawan2 yg muncul wish kepada saya, saya akan teringat peristiwa orang itu bersama saya eg: Chom-b - roomamate saya, Elin - housemate, officemate, etc, Jay - partner silat. Maka saya akan tersenyum mengimbau saat2 indah bersama mereka. 

Comments

Post a Comment