Gambar yang dirakamkan semalam... saat2 akhir bersama Opah.
Opah meninggal pada pukul 9.25am pada 2/8/2012 di pangkuan Mama dan Bapak saya.
Entry nie saya tulis pada hari Selasa yang lalu...
Tua..
Semua orang akan tua. Tapi tak semua orang
akan sempat merasa tua. Kalau tua pun kita tak tahulah apakah nasib kita nanti?
Adakah anak2 kita akan bela kita?
"Seseorang hamba muslim itu apabila
mencecah usia 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya. Apabila mencecah usia
60 tahun, Allah akan mengurniakan perasaan berserah kepadaNya. Apabila mencecah
usia 70 tahun, penduduk langit akan mencintainya. Apabila mencecah usia 80
tahun, Allah akan kukuhkan kebaikannya dan menghapuskan dosanya. Apabila
mencecah usia 90 tahun, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lampau dan yang akan datang, mengurniakannya
syafaat buat ahli keluarganya dan ditulis di langit sebagai tahanan Allah di
atas muka bumi." (Riwayat Imam Ahmad)
Kata Ustaz kat
ceramah IKIM yg saya dengo hari tu, bertuah pada mereka yang Allah pilih panjangkan umur mereka
80 tahun ke atas sbb cerewet mereka Allah gantikan ngan pahala. Mereka salah
ambik wuduk pun tak per. sebabnya mereka masa muda sudah beribadah kepada Allah
sebaik mungkin. Ia ganjaran kepada anak2 dan cucu2 yg masih hidup.
Sebenarnya apa
yg saya nak citer ialah tentang opah saya. Saya ada sorang Opah yang masih
hidup, Alhamdulillah. Opah belah Mama saya sudah berumur 86 tahun manakala Opah
belah Bapak saya sudah 92 tahun. Di sini saya nak citer ttg Opah saya yg
berumur 92 tahun tuh.
Semalam saya dgn
syahdunya telah pergi melawat Opah selepas setahun tak pergi. Terukkan. Apa
punya cucu. Masalah pregnant dan mengurus anak2 ialah alasan saya. Itu pun sebab Bapak saya inform, keadaan Opah
agak kritikal. Pegi tengok Opah sebelum terlambat katanya. Opah saya ni skrang jantung
dia menggunakan bateri. Itu pun sudah berapa kali buat operation tapi dia masih
hidup. Memang dasyat kuasa Allah. Adakah seperti yang tercatat dalam Riwayat
Imam Ahmad seperti di atas? Apabila mencecah
usia 90 tahun, Allah akan mengampunkan dosanya yang
telah lampau dan yang akan datang, mengurniakannya syafaat buat ahli
keluarganya dan ditulis di langit sebagai tahanan Allah di atas muka bumi. Moga2
begitu.
Opah saya
tinggal bersama anak sulongnya iaitu Mak Long saya di Bangsar sudah 6 tahun
selepas anak2 nya seramai 11 orang tidak setuju dia tinggal keseorangan di
Taiping. Syukur Opah saya, masa tua nya dapat treatment yg sangat best. Hospital
kalau dia sakit terus ke Pantai. Takde insurans apa.. sekali masuk almost
RM50k. Itu lah rezeki melalui Mak Long saya yang sgt baik hati. Dan Mak Long
saya sebenarnya sudah tua juga iaitu 73 tahun. Yupe.. mereka di bantu oleh 3
orang maids. Ok.. di sini saya nampak nasib Opah saya pada masa tuanya dan saya
sebenarnya melihat diri saya pada masa akan datang.
Saya bersembang
panjang dgn Mak Long saya. Ntahlah, semalam saya rasa perbualan saya dgn Mak
Long sangat beri kesan dan pengajaran utk diri saya. Mak Long saya berpesan.. orang
tua ni, walaupun dia paham anak cucunya sibuk tapi memang dia berharap
kedatangan mereka. Ntahlah, saya rasa ubat healing Opah saya ialah anak2 dan
cucu2nya. Berapa kali dan sudah berapa tahun, Mak Long saya kata Opah dah lain dan
pastinya bila dapat berita itu kesemua 11 orang anak2 akan datang bersama menantu
cucu cicitnya. Ramai!!! Yupe, bila jumpa macam pesta sampai tak ingat.. lupa
plak Opah yg sedang sakit. Dan Opah.. bila jumpa ngan semua orang, dia jadi
sihat dgn izin Allah.
Namun semalam, bila saya bertentang mata dgn Opah, saya terus menangis dan
berjurai air mata saya. Muka Opah dah lain - Cengkung,
kurus dan memang mcm tinggal tulang. Melihat muka dia, adoila.. saya tak tahan.
Saya usap kepala dia. Dalam hati saya berkata, usaplah dia seperti mana dia
usap Ja masa kecil dulu. Paling sebak bila Opah berkata dalam jelas tak jelas
perkataannya, “Ja kesian kat Opah yer? Opah dah tak
lama lagi dah?” Adoi.. sakit dada ni rasa. Lalu saya berkata.. « Opah,
fikir Allah je yer Opah. Daripada Allah kita datang, kepadaNYA kita akan
dikembalikan. Pada yg sama, saya terbayangkan diri saya
yg hidup tak lama. Sbb Opah saya ni dia tak nyanyuk. Ingatannya masih hebat sbb
dia bleh ingat nama Emran. Percaya atau tidak, dia boleh ingat semua anak dan
cucu dan sebilangan cicitnya. Cuma fizikal dirinya tak terdaya. Masya’Allah..
saya cuba
bayangkan diri saya berada di tempat Opah. Takut…
Saya menangis
yang Maha hebat apabila memeluk Opah ada banyak sebab yg saya sendiri boleh
feel. Dia tak boleh bercakap lagi. Bila saya bercakap, dia nak cuba cakap tapi
apa yg saya dengar, “Opah sakit dada la plak”. Lantas saya kata, takpe Opah. Ia
umpama kenangan bila bersama Opah pada masa kecil dulu yg tiba2 hadir dalam mind
saya. Teringat Opah di kala sihat dan melayan saya semasa saya kecil dan
seterusnya saya meningkat remaja. Bukan itu saje, banyak cerita yang saya
pernah kongsi bersama Opah dan sampai ke kisah BOYFRIENDS juga. Sampai kalau
jumpa dengan dia.. cemana dgn si polan dan si polan. That’s
my Opah. Bila dah kahwin, kalau dia tengok TV ada gambar orang diving.. dia
akan inform kat semua orang, kalau nampak orang menyelam, dia akan teringat
suami saya. Bila dengar statement tuh saya tahu yang saya kena pergi jumpa
Opah. Dan semalam, wajahnya seolah pandangan menembusi diri (SHE LOOKS THROUGH
YOU) dgn wajah yg tiada perasaan tapi sebenarnya dia tengok kita. Sambil usap
dahi dia saya berkata.. Opah, kali ini Ja je banyak cakap. Sorry ye Opah. Saya
nampak dia senyum.
...................................
Al-Fatihah to Opah. Ja sayang Opah. Semalam cuti seharian dapat bersama Opah. Masa solat Ja berdoa kepada Allah.. "Ya Allah.. Jika Mati itu baik untuknya.. ko ambillah nyawanya.. gantilah kesakitannya dengan nikmat yang tidak terhingga di akhirat nanti"
Kita jumpa di akhirat nanti ye OPah...
...................................
Al-Fatihah to Opah. Ja sayang Opah. Semalam cuti seharian dapat bersama Opah. Masa solat Ja berdoa kepada Allah.. "Ya Allah.. Jika Mati itu baik untuknya.. ko ambillah nyawanya.. gantilah kesakitannya dengan nikmat yang tidak terhingga di akhirat nanti"
Kita jumpa di akhirat nanti ye OPah...
Comments
Post a Comment