Renungan ini saya petik drpd status Dr Muhaya di FB. Hanya kita saje yang tahu kategori kita yang mana satu. Cuma bila kita claim orang itu solat.. tak tinggal solat tapi buat maksiat dan jahat.. sebenarnya kita tahu takat mana solat orang itu kan. Diam jelah jangan mengata ok. Takut kita plak jadi mcm orang itu. Takut ada perasaan riak juga. Oooo aku solat, aku baik .. dia solat tapi jahat juga. Takut kelak vice versa jadinya. Ntah2 di pengakhiran hidup, orang itu lagi baik drpd kita.
Memang tepat, orang yang solat akan membendung diri seseorang itu drpd melakukan dosa. Saya nampak logiknya. Solat yang kusyuk menghampirkan diri kita dengan Allah. Dia dapat merasakan kehadiran Allah dan Allah melihat setiap gerak gerinya. Lantas dia takkkkuutt utk melakukan dosa. Walau setiap kali dia solat, dia tetap memohon ampun. Dia tetap terasa diri berdosa kerana kita tidak tahu setiap solat kita diterima Allah atau tidak. Saya rasa jangan kita puas hati bila kita berjaya solat satu waktu. Orang tanya.. dah solat? Dahhhh... Seolah2 jawapan kita melakukan satu upacara spiritual atas arahan seseorang. Apa pun jawapan kita.. hanya kita saje yg tahu sejauh mana keikhlasan kita melakukannya.
Betullah orang kata, bukan senang nak masuk syurga. Jangan kita puas hati bila kita berjaya melakukan sesuatu ibadah. Seolah2 bila kita berjaya solat 5 waktu sehari, puasa, zakat, etc.. kita confident habislah yang kita ni mmg orang yang paling baik dan confident masuk syurga. Then, kita memandang orang2 yang tak solat, orang tak pakai tudung, org yang tak puasa, etc.. kita memandang rendah pada mereka. Bila bercakap dan berbidas pun kita terasa kita nie hebat sbb kita yakin sangat diri kita nie bagus. Astagfirullahalazim..
HATI. Itulah yang Allah akan judge. Being humble, bercakap dgn lemah lembut, hormat orang lain, etc... Banyak saya perlu belajar lagi. Yang penting jangan riak dan sombong. Allahu akhbar!!! Semoga Allah memberi petunjuk, taufik dan hidayah kepada saya, suami saya, kedua ibu bapa saya, anak2 saya dan keluarga saya kesemuanya. Amin.
MARILAH KITA RENUNGI DIRI KITA..DIMANAKAH KATEGORI SOLAT KITA?..
Solat dikategorikan pada lima peringkat:
1) Solat Orang Jahil
2) Solat Orang Yang Lalai
3) Solat Orang Yang Separuh Lalai Dan Separuh Khusyuk 4) Solat Orang Yang Khusyuk
5) Solat Para Nabi2 Dan Rasul2
1) Solat Orang Jahil - Org yg brsolat tanpa ilmu.Tidak tahu rukun dan
sunat yg dibuat tnpa peraturan yg ditetapkan oleh syariat.Solat org ini
ditolak malah ia brdosa kerana tidak belajar.
2) Solat Orang Yang
Lalai - Org yg sempurna lahirnya tapi hatinya tidak hadhir lansung dlm
solatnya.Solat org ini telah dinyatakan oleg Allah spt dlm firmannya yg
bermaksud " Neraka Wail bg mereka yg lalai dlm solatnya "
3) Solat
Orang yg separuh Lalai dan Separuh Khusyuk - Solat yg tarik menarik dgn
Syaitan.Bila syaitan mula melalaikannya ,cpt2 dikembalikannya ingtn kpd
Allah.Solat org ini tidak brdosa,namun tidak juga brpahala.Cuma org ini
dimaafkan.
4) Solat Orang Yang Khusyuk - Org yg sepnjg solatnya
penuh ingatan hanya dgn mengingati Allah.Solatnya merasakan dia benar2
hamba yg mengadap tuhannya.Solatnya meningkatkan taqwanya.Solat yg
mmbena peribadinya.Itulah keuntungan didunia dan diakhirat dianugerah
pahala dan masuk Syurga yg penuh kenikmatan..
5) Solat Para Nabi Dan
Rasul - Solat peringkat tertinggi.Luar biasa khusyuknya.Solat dirasai
'Penyejuk mata'.Syurga tertinggil yg trtinggi ,x tercapai dek kita.
Tugas kita perbaikilah solat .Kita mesti mujahadah .Hanya dgn jln
mujahadah kita dpt tingkatkan iman dan amalan soleh.Hanya iman dan amal
soleh shj dpt kita membena dan mencantikkan rumah kita diakhirat...
Comments
Post a Comment