Hahahha.. comel je tengok cik suami. Sebelum kahwin katanya berat 55kg. Now berat dia 70kg. Hiks. Saya tak kisah cemana pun fizikal dia, janji dia sihat.
Jodoh, ajal dan maut semua ketentuan Allah. Saya bersyukur kerana Allah telah menjodohkan saya dengan seorang lelaki yang menjadikan diri saya sebenar. Dia tidak pernah mengongkong dan memaksa saya. Saya hormati dia sebagai seorang suami. Sesungguhnya suami dan anak2 adalah pelengkap hidup saya.
Misi perkahwinan saya dengan suami saya ialah utk sama-sama ke syurga. Saya memberitahunya tentang matlamat saya. Dia joke kepada saya.. nanti di syurga saya ada bidadari tau. Saya balas.. tak kisahlah. Itu balasan you semasa hidup di dunia. Buat apa I nak jeles. (Ayat ego) Kami sama2 belajar utk ke sana. Slowly. Saya ingatkan dia.. dia ingatkan saya. Moga2.
Kalau tengok jawatan dia sekrang, tentu anda kata Wahhh!! Atau kata.. ala dia kerja ngan co nie bolehlah. Sbb dia hanya kelulusan diploma. Saya ada degree. Tapi saya kerja kuli Jepun yang dok di situ tak naik2. Aaarrgghh itu hanya kelulusan dunia. Tidak ada apa yg hendak dibanggakan kerana kita mati tidak ditanya oleh malaikat munkar dan nakir tentang jawatan kita. Amalan kita yang penting. Suami saya ialah seorang yg bertanggungjawab mencari rezeki utk keluarga. Rezeki keluarga kami ialah melaluinya. Jika dia terpaksa balik lambat, saya redo. Jika dia kena pergi main golf sehari suntuk, saya redo. Jika dia kena outstation berhari2, saya redo. Jika dia pergi karaoke dgn kawan2 pun saya redo. Yang penting, rezeki kami berkat dan halal.
Subhannallah...
Bersama Firman
Bersama Ryan
Comments
Post a Comment