Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Apabila hari kiamat itu berlaku, tiada seorang pun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan(orang kafir) dan meninggikan (orang mukmin). (Kiamat itu berlaku) apabila bergoncang segoncang-goncangnya. Dan gunung-gunung dihancurkan sehancur-hancurnya. Lantas ia menjadi debu yang beterbangan.
Ketika itu kamu menjadi TIGA puak (yang berbeza keadaannya). (Satu di antaranya) ialah golongan kanan. Alangkah bahagiannya golongan kanan itu.
Dan (satu golongan lagi) ialah golongan kiri. Alangkah celakanya golongan kiri itu.
dan (golongan yang ketiga) ialah orang yang dahuli yang akan mendahului...Merka adalah orang-orang yang hampir (di sisi Allah). (menetap) di dalam syurga yang penuh nikmat.
Sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada orang-orang yang terdahulu (umat Nabi-nabi sebelum Muhammad). Dan sebilangan kecil terdiri daripada orang-orang yang datang kemudian.
(Mereka duduk) di atas takhta kebesaran yang bertatahkan permata. Mereka bersandar di atasnya dengan berhadap-hadapan.
Golongan kanan- SYURGA
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (sentiasa berada disekeliling mereka). Dan (membaca) piala-piala minuman dan teko-teko serta gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungai yang mengalir. Mereka tidak pening dan tidak pula mabuk keranan minuman itu.
Dan (dibawakan juga kepada mereka) buah-buahan yang mereka pilih. Dan daging burung yang mereka sukai. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik. Bagaikan mutiara yang tersimpan dengan rapi. (Semuanya itu) sebagai ganjaran terhadap amal yang mereka lakukan. Mereka tidak akan mendengar di dalam syurga ity kata-kata kosong dan tidak pula yang menyebabkan dosa. Melainkan ucapan "Selamat, selamat" (diantara sesama mereka). Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Mereka (bersenang-senang) diantara pokok bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi. Dan naungan yang terbentang. Dan air yang sentiasa mengalir. Serta buah-buahan yang banyak. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang (memperolehinya).
Dan tempat tidur yang ditinggikan. Sesungguhnya Kami ciptakan (utk mereka) pasangan-pasangan dengan ciptaan yang istimewa. Lantas Kami jadikan mereka perawan-perawan. Yang tetap mencintai suaminya, lagi sebaya usianya. (Semuanya itu adalah) untuk golonan kanan.
Sebahagian besarnya terdiri daripada orang-orang (umat) yang dahulu. Dan sebahagian besar pula orang-orang (umat) yang datang kemudian.
Golongan Kiri - Sudah diberi peringatan, bukti kekuasaan Allah
Dan golongan kiri. Alangkah seksanya keadaan golongan kiri itu. (Mereka diseksa) di dalam api yang panas dan air yang mendidih. Dan naungan asap yang hitam. Yang tidak sejuk dan tidak pula menyenangkan. Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan dengan kemewahan. Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa-dosa besar. Dan mereka sentiasa berkata: "Adakah apabila kami telah mati dan menjadi tanah dan tulang-tulang (telah berkecai) akan dibangkitkan semula?" Atau datuk nenek kita dahulu (akan dibangkitkan juga)? Katakanlah: "Bahawa orang-orang yang dahulu mahupun yang kemudian."
Tetap akan dihimpunkan pada waktu yang tertentu, iaitu hari yang sudah diketahui (kiamat). Kemudian sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesar dan mendustakan (kedatangan kiamat). Nescaya mereka akan memakan (pada hari itu buah-buahan) dari pokok Zaqqum. Maka mereka akan memenuhi perut mereka dengannya. Kemudian mereka akan meminum air yang panas. Lantas mereka minum seperti unta yang haus. Inilah (hidangan) yang disediakan untuk mereka pada hari pembalasan.
Kami telah menciptakan kamu, tetapi mengapa kamu tidak membenarkan (akan adanya hari kiamat). Apakahh kamu tidak melihat, manu yang kamu tumpahkan (ke dalam isterimu)? Adakah kamu yang menciptakannya, atau Kami yang menciptakannya? Kami yang menentukan (kematian) di antara kami, dan Kami tidak sekali-kali dapat dilemahkan.Untuk menggantikan kami dengan orang yang serupa dengang kamu, menjadikan kamu dalam kejadian yang tidak kamu ketahui.
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui kejadian yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil peringatan (daripadanya tentang kejadian yang kedua)? Adakah kamu lihat apa yang kamu tanam? Apakah kamu yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? Jika Kami kehendaki, nescaya Kami jadikan (tanaman itu) kurus kering (sebelum berbuah), lantas kamu hairan kerananya. (Kamu akan berkata), sesungguhnya kami menanggung kerugian. Bahkan kami tidak akan memperolehi hasilnya. Apakah kami tidak akan memperolehi hasilnya.
Apakah kamu tidak melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan, atau Kami yang menurunkannya? Kalau kami kehendaki, nescaya Kami jadikan ia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan kayu)? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? Kami jadikan apo itu sebagai peringatan (untuk api neraka) dan berguna untuk orang yang sedang musafir. Maka bertasbihlah dengan (menyebut) Nama Tuhanmu Yang Maha Agung.
Maka Aku bersumpah dengan tempat terbenamnya bintang-bintang. Dan sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar jika kamu mengetahuinya. Bahawa sesungguhnya (yang dibaca itu) ialah al-Quran al-Karim. Dan kitab yang terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk diakui suci(disucikan). (al-Quran) itu diturunkan dari Allah, Tuhan sekalian alam. Apakah perkataan ini (al-Quran) kamu rendah-rendahkan?
Dan kami jadikan (sebagai pengukur rezekimu (sebagai pengukur) rezekimu, sesungguhnya kamu adalah mendustakan Allah? Mengapakah tidak kami kembalikan roh, apabila ia telah samapo ke tenggorokan (hampir mati)? Sedangkan ketika itu kamu melihatnya? Dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihatnya.
Jika kamu tidak akan diberi ganjaran (di akhirat menurut sangkaanmu). Mengapa tidak kamu kembalikan roh itu, jika kamu orang yang benar? Adapaun, sekiranya mayat itu diantara orang-orang yang muqarrabin (hampir kepada Allah). Maka (untuknya) kesenangan, rezeki yang baik dan syurga yang penuh nikmat. Adapun, andainya ia termasuk ke dalam golongam kanan. Maka (akan dikatakan kepadanya): "Selamat sejahteralah kepadamu, kerana engkau adalah golongan kanan."
Adapun, jika dia termasuk ke dalam golongan orang yang mendustakan lagi sesat. Maka hidangan (rezekinya) ialah air yang panas mendidih. Serta bakaran api neraka. Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah KEBENARAN yang diyakini. Oleh itu BERTASBIHLAH (dengan menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Agung.
-Terjemahan Surah Al-Waqiah Ayat 1 - 97-
Ditaip semula oleh saya daripada buku "Bacalah Surah Al-Waqiah" Rezeki Anda Akan Menjadi Mudah. Surah yang memberi inspirasi dan memberi keyakinan pada diri saya.
Buku ialah terapi saya termasuk buku IKEA
Esok: Sambungan kisah saya bagaiman Surah Al-Waqiah menyentuh hati saya...?
p/s,
Blog ini ditulis bukan untuk bermegah-megah tetapi ditulis untuk berkongsi tentang apa yang saya baca untuk mengubah diri saya menjadi makhluk yang baik. Ianya bermula dengan kerisauan saya tentang wang ringgit untuk masa depan saya apabila tua. Memikirkan banyak perkara keduniaan. Membesarkan anak pada zaman yang penuh persaingan, takut anak2 ketinggalan? Mampukah? Cukupkah? Risau kerana orang menyuruh saya memasuki UNIT TRUST utk saya hidup senang pada hari tua. Terasa semuanya tidak cukup.... menyebabkan otak menjadi stress .Melihat orang disekeliling saya yang hidup senang. Cemburu? Ingin menjadi seperti mereka.
Saya mencari remedy? Subhannallah... Ayat Al-Waqiah memberitahu saya kesenangan yang patut saya nikmati.
Comments
Post a Comment