Ramadan hampir meninggalkan kita...

Persoalan…

Majoriti begini..
Semakin dekat Syawal..
1.      Orang makin tak sabar untuk balik kampong.
2.      Orang sibuk buat last minute shopping baju raya sampai sesak shopping complex..
3.      Orang sibuk dengan kuih2 raya.

Sepatutnya
1.      Kita merasa sedih kerana bulan Ramadan hamper meninggalkan kita.
2.      Buat amal ibadah semaksimum yang mungkin.
3.      Kiyamulaih.
.... kerana kita tak tahu jika umur kita masih panjang untuk menemui bulan Ramadan yang seterusnya…

Dalam fakta majoriti di atas, saya cuma tak sabar nak balik kampung utk bersama keluarga saya saje. Sebabnya itulah nikmat dan kepuasan bila dapat berkumpul bersama ahli keluarga tercinta dalam keadaan yang meriah. Masing2 mempunyai Raya mode. Pada masa inilah saya dapat menjamu juadah favourite mama saya dengan rendangnya, laksa, dan biskut raya.

Semakin saya meningkat tua (takdela tua mana pun kan…), pada masa yang sama saya juga merasai kesedihan bulan Ramadan hampir meninggalkan saya. Lagi 8 hari. Saya wish dapat melakukan Kiyamulaih. Teringat dalam ceramah IKIM yang ada kawan si penceramah ini tiap2 tahun akan mengambil cuti seminggu awal sebelum hari raya. Kalau orang perempuan cuti maybe nak buat biskut raya Tapi lelaki ini cuti kerana nak beribadah malam.

Alhamdulillah.. puasa kali ini Allah banyak permudahkan saya. Preparation Raya saya dah buat sebelum puasa. Biskut raya pun saya takdelah nak shopping2 sangat sbb biskut kalau beli sebelum Raya dah habis kot saya makan. Sbb bagi saya biskut raya saya ialah biskut yang dibuat oleh Mama saya saje. So, memang saya tak beli utk bawak balik ke kampung.

Masa berbuka puasa, saya memang tak masak. Tak sempat. Ada 3 orang anak lagila tak sempat. Masak during weekend saje. Berbuka cik Somi yang belikan. Bersahur saya selalu beli lauk di kantin kilang saya. Semenjak ada caterer baru yang masak sedap, memang everyday la saya beli. 2-3 lauk mmg tak sampai RM5.

Seriously saya juga tak borong baju Raya utk keluarga saya. Laki saya tanya, ada ke baju2 nak kena beli utk anak2? Saya kata tak payah. Baju Melayu saya dah beli. Boleh pakai 2 tahun – tahun nie dan tahun depan. Hahah. Pakai je apa ada. Eerrr tp saya dah beli gak blouse utk diri saya tapi sebelum Raya lah hari tu. Hehehe. Kasut Raya pun takde.

Memang pada pagi raya kita digalakkan berpakaian baru dan wangi. Build suasana Raya yang meriah. Janji pada hari tu kita happy dan saling bermaafan bersama ahli keluarga kita.Yang penting sebenarnya minta maaf terutamanya kepada ibu bapa kita.. Kita nak happykan mereka. Itu pahala itu.

Dah terbabas citer Raya.. hah.. ibadah plak yer… Bangun malam seorang diri, saya sebenarnya ada rasa takut gak. Diceritakan malaikat menghampiri orang2 yang melakukan ibadah pada malam hari dan merasa dingin gitu. Then saya terfikir lagi.. bodoh la nak rasa takut sorang2 buat apa. Yang kalau jaga malam tengok tv setan duk tepi tak takut plak. Hahahahah. Saya cuba.. saya cuba.

Kita nie bukan manusia yang perfect. Solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa  menutup aurat, etc, tak semestinya kita nie dah bagus. Confirm masuk syurgalah kononnya. Selagi kita masih hidup.. sedar tak sedar ada dosa yang kita buat juga. Nabi Muhammad saw yang perfect pun buat solat Tahajud dan beristiqfar selalu. Kita nie manusia yang hina dan lemah lagilah…

Terima kasih IKIM fm. Kerana menjadi terapi saya. Saya memang memaksa diri saya mendengar ceramah agama skrang nie.

Ya Allah.. panjanglah umur saya utk menemui Ramadhan pada tahun depan. Pada masa tu Emran pun dah besar, jadi harap2 dia takdelah dependent sangat. 

p/s - Janji Kekasih pada setiap Jumaat 9 malam mmg menginsafkan.

Comments

  1. Betul ja, tq mengingati. Aku suka entry cam ni.
    Nanti kot di tanya dlm kubur esok2 - Marfuza, apa ko buat dgn blog ko? ada jugak modal entry2 cam ni ja.. bleh ckp saya share ilmu mana saya tahu ada juga.

    ReplyDelete
  2. persiapan raya aku pun biasa jer.. baju raya utk anak2 jer. mak aku cam bias anak sponsor baju kurung. aku soh di abuatkan baju cotton biasa je yg kain murah. sbb baju kurung aku yg rasay tahun2 lepas pun pakai sekali 2 je setahun. Last2 kasi org.ih pun ckp besederhana jer.

    ReplyDelete
  3. Thanks Wan. Terharu aku ngan kata2 ko. Aku nie bukannya bagus sangat. Aku tulis sbb aku nie tak bagus. Bila dengar ceramah kat IKIM pagi2 banyaklah aku sedar.. Besar pahala sapa yg keje kat IKIM tuh.

    Wan... antara yang terdetik di hati aku apa tau.. kalau DIn Beramboi mati, satu Malaysia hadiahkan AL-FATIHAH kat dia.

    Kalau aku mati.. aku harap pembaca blog aku nie dapatlah sedekah AL-FATIHAH kat aku.

    ReplyDelete

Post a Comment