Inspirasi

“Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.” -Hilal Asyraf-


Menarik kata2 seorang penulis ini yang baru saya berkenalan dalam radio IKIM semasa saya pulang dari pejabat tadi. Ayat di atas ini membuatkan saya terasa nak menangis. Actually saya dah "raya" dan hati saya sangat sedih kerana saya rasa tak cukup ibadat lagi yang saya buat utk Ramadan kali ni. Beberapa tahun lamanya saya tak solat Tahajud dan alhamdulillah saya dapat melakukannya kali ini. Begitu juga solat Terawikh. Yer.. suami saya memberi keizinan kepada saya utk saya ke masjid utk saya solat di sana. Terasa pada masa tu Ya Allahh... lamanya aku tak dapat suasana jemaah begini. Saya syukur walau dapat pergi sekali saje. Percayalah.. saya tak sempat (bagus ke alasan ini) utk even buat terawikh di rumah. Dengan 3 orang anak2 yang sangat memerlukan perhatian saya. Sorang nak berak.. sorang nak susu.. sorang nak makan.. Konon nak tidurkan mereka dulu sebelum saya dapat solat Isyak dengan kusyuk, saya turut tertidur dgn mereka. Lantas pkl 4 saya bangun dan terus prepare utk sahur dan terus berjaga...

Saya terfikir kalau orang lain sibuk berbuka puasa di hotel2, saya terasa lagi puas kalau dapat spend masa saya pergi ke masjid utk berterawikh. Saya juga tidak request drpd somi saya utk berbuka puasa di luar sbb saya rasa susah nak ke surau. Dgn nak jaga anak2 lagi sbb sure kena ikut giliran. So far adalah, 2 kali puasa di luar. Tu pun macam dekat2 nak habis waktu.. adehhh... 

Syukur sangat sbb saya dapat mendengar kisah seorang insan yang sangat humble dan setiap kata2 dia memberi saya inspiration. Kata2nya seperti memberi saya satu semangat tentang kehidupan. Part yang saya sangat teruja tentang penulis ini ialah ideanya, disiplinnya dan niatnya yang ingin mengajak pembaca mengenal ALLAH. Harus saya membaca buku-bukunya.

Tertarik saya dengan blognya di ms.langitilahi.com yg membuat cogankata "MARI MENJADI HAMBA". Saya terbayang anak saya utk menjadi sepertinya.... 

Antara kata2 yang menarik perhatian saya dalam temubual bersama Saudara Hilal..."Untuk menulis tidak memerlukan bakat tetapi minat. Ada bakat tapi tidak minat takde makna juga. Saya menulis setiap hari."

Comments

  1. ja...

    hr tu hilal asyraf ada bagi talk kat library office i..Kagum sgt sebab muda lagi dah ada karisma utk menyebarkan dakwah.

    ReplyDelete
  2. Mona.. ye ker.. good.. good. I tingin nak baca buku2 dia. Baru kenal dan google pasal diri dia semalam. hahahahha.. Study lagi mamat nie... Tu yang terbayang anak2 lelaki i nak jadi macam dia bleh...

    ReplyDelete
  3. ni biodata dia. dpt masa dia bg talk kat sini...Bila baca rasa mcm sejuk perut ibu dia

    Biodata Hilal Asyraf
    MUHAMMAD HILAL ASYRAF BIN ABD RAZAK berasal dari Johor Darul Takzim. Anak sulung kepada empat orang adik-beradik ini dilahirkan pada 16 Januari 1989. Bapa beliau, Haji Abd Razak bin Kaprawi merupakan Pensyarah Intitut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru manakala ibu beliau, Hajah Sophia binti Haji Salleh merupakan Pegawai Penilaian di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
    Hilal dibesarkan di Pontian, Johor sehingga 1994 dan kemudian berpindah ke Skudai pada 1995 dan sekarang menetap di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru, Johor.
    Mendapat pendidikan awal di Tadika Ibu pada umur 5 tahun (1994) dan Tadika Iman ketika berumur 6 tahun (1995). Kemudian memasuki Sekolah Rendah Islam Hidayah, Senai, Johor dari darjah satu hingga darjah enam (1996-2001) dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Ma’had Attarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI) Perlis dari tingkatan satu hingga tingkatan enam atas (2002-2008). Kini melanjutkan pelajaran di University of Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin.
    Beliau pernah bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Rendah Agama Ghufran di Simpang Renggam, Johor pada awal 2007 sementara menanti keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia. Beliau juga aktif menjalanklan program-program motivasi, bina semangat dan jati diri untuk remaja sekitar Johor di bawah sebuah NGO. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada Islam. Menyimpan impian untuk menjadi pensyarah, dan berangan-angan membuka syarikat yang menerajui media Islam.
    Beliau suka mendengar nasyid-nasyid segar dendangan Sami Yusuf, Outlandish, dan Zain Bikha. Amat suka orang mendoakan beliau. Minat membaca dan berfikir. Sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.
    Hilal Asyraf giat menulis dalam laman blognya, LangitIlahi.Com. Dalam usia 21 tahun (2010) beliau telah menghasilkan tujuh buah buku – dua buku motivasi dan lima buah novel. Lima buah buku diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Beliau juga giat menulis cerpen dan puisi. Dikendali dengan nama Laksmana Angkasa melalui puisi-puisi beliau.

    ReplyDelete

Post a Comment