4 orang budak nie sudah besar. Firman dan Qistina - 7 tahun, Amna 5 tahun dan Ryan 4 tahun. Seronok tgk derang membesar dan bermain sama-sama. Kalau dapat jumpa seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Semua benda tak hingat.
Jumaat lepas saya cuti sbb nak bawak Firman ambik vaccine Polio. Masa kat sekolah hari tu, kawan2 dia semua dah kena cucuk. Tapi Firman mmg doktor dia dah inform, no vaccination at school. Oleh sbb Firman tak relapse utk 4 bulan, alhamdulillah, saya segera bawak dia pi jumpa paedatric dia. Lagipun dah nak balik Tepen, jadi takut relapse kat sana baik saya pi kasi cucuk siap2. Kalau dah makan steroid mmg tak boleh cucuk. Lepas Firman habis last paper exam bahasa Arab dia kat sekolah, terus saya ambik dia dan seterusnya ambik Ryan plak from school yg pada hr tu ada party. Nasib baiklah sekolah2 mereka dekat/
Now, 2 anak lelaki saya sedang bergembira di kampung. Actually tak kelam kabut sangatlah saya utk tempoh 2 minggu ini. Jalanraya pun kurang jem. Jadi saya ada masa sket nak buat aktiviti personal saya. Tapi cemanapun terasa sunyi tanpa mereka. Agaknya begitulah bila kita dah tua nanti. Semua anak2 dah besar. Tiada lagi riuh pekak budak2. Kita tidak lagi sibuk buat itu ini. Pastinya pada masa itu saya akan rinduu pada situasi pada skrang ini.
Jadi selagi mereka masih kecil dan masih berada bersama kita, gunalah masa kita dengnan sebaik2nya. Hargai mereka dan jangan marah2.
Comments
Post a Comment